Saturday 26 November 2011

CADANGAN PENUBUHAN INTERFAITH COMISSION (IFC)


Di Malaysia, Gerakan Liberalisme dalam persamaan agama-agama dicadangkan dengan penubuhan InterFaith Commission (IFC) atau nama asalnya Inter Religious Council (IRC) atau Majlis Suruhanjaya Antara Agama-Agama.  Badan ini berfungsi seperti sebuah mahkamah dan segal keputusannya adalah muktamad ke atas agama-agama yang terbabit.


Antara kandungan memorandum IFC:
1.    Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah Syariah.

2.    Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

3.    Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4.    Tidak perlu dicatat dalam kad pengenalan seorang muslim bahawa ia beragama Islam.

5.    Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.  Orang Islam dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6.    Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.    Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8.    Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid.  Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

9.    Orang bukan islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.  Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.  Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12.  Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan.  Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.  Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14.  Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Dari butir-butir memorandum di atas dapat dilihat bahawa agenda utama penubuhan IFC adalah meletakkan semua agama dalam kedudukan yang sama, sehingga setiap orang bebas untuk menentukan status agamanya dan tidak ada halangan bagi seorang muslim untuk murtad.

Cadangan penubuhan IFC tersebut akhirnya mendapat tentangan pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia sehingga tertubuhnya ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs) yang menyatakan bahawa penubuhan IFC akan membahayakan agama Islam sebab:

1.  Penubuhan IFC membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal-ehwal agama Islam.

2.  Penubuhan IFC menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan akidah.

3.  Penubuhan IFC akan menjadikan orang Islam bebas melakukan apa sahaja.

4.  Penubuhan IFC akan membuat orang bebas untuk murtad.

5.  IFC berhak menentukan status agama seseorang, sebab seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.


Masa kini, umat Islam tidak boleh duduk semeja hatta untuk membincangkan kepentingan umat Islam itu sendiri.  Persoalan ini wujud kerana kekuatan politik yang ada di dalam genggaman orang Melayu kini semakin longgar, perpecahan dan perbezaan ideologi politik serta ditambah pula dengan keghairahan untuk merebut kuasa telah menyebabkan orang Melayu/Islam berpecah belah.

IFC lahir di celah-celah perpecahan umat Islam.  Sedih melihat masih ada segelintir umat Islam menyokong tindakan penubuhan IFC yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srinevasen.  Kini terserahlah kepada kepimpinan parti-parti Islam untuk menilai dan menentukan apa yang patut diusahakan. 


 
   
Selamatkanlah mereka ini daripada terus dipergunakan oleh orang kafir.

Tuesday 22 November 2011

Jawapan rasmi SKMM terhadap aduan group mempromosi murtad di facebook

RABU, 24 OGOS 2011


Saya telah menerima surat jawapan rasmi dari pihak SKMM berhubung aduan mengenai kewujudan group mempromosi murtad di facebook. Surat berkenaan ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Kanan, Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM bertarikh 16 Ogos 2011.


Sebagaimana yang telah saya nyatakan 
dalam posting terdahulu, di dalam surat jawapan ini, SKMM memaklumkan mereka "telah melaporkan penyalahgunaan profil tersebut kepada pengendali laman Facebook." Respon atau pendirian "pengendali laman facebook" berhubung laporan SKMM itu tidak pula dinyatakan.

Selain itu, SKMM juga tidak menyatakan faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menyekat group berkenaan sebagaimana yang dijelaskan oleh pegawai SKMM yang mengendalikan aduan saya.

Di perenggan terakhir, dinyatakan, "Pihak kami berharap penjelasan di atas dapat menyelesaikan isu yang disuarakan oleh tuan". 

Bagi saya, isu berkenaan sebenarnya belum selesai selagi group berkenaan tidak ditutup atau disekat. Namun, saya memahami ketidakupayaan SKMM untuk menangani perkara ini kerana ia di luar kemampuan mereka. 

Walaupun demikian, saya amat berharap agar SKMM akan mencari jalan untuk membolehkan mereka menyekat group, page atau profail yang melanggar peruntukan undang-undang di dalam facebook tanpa terlalu bergantung kepada Admin penyedia perkhidmatan berkenaan. Jika ini dapat dilakukan, pasti imej SKMM selaku badan yang bertanggungjawab terhadap pemantauan perkhidmatan telekomunikasi dan internet di negara ini akan meningkat dan lebih dihormati.

Berhubung laporan kepada pihak polis pula, saya belum dimaklumkan mengenai status semasa siasatan mereka terhadap group berkenaan. Saya percaya, pegawai penyiasat yang berkenaan sedang menjalankan tanggungjawabnya. Cuma mungkin ia belum lengkap lagi untuk tindakan seterusnya.

Saya memohon sekali lagi kepada rakan-rakan yang masih belum melaporkan kepada Admin Facebook mengenai kewujudan group berkenaan agar berbuat demikian dengan mengikuti enam langkah mudah seperti di bawah. Tidak sukar, tak sampai seminit pun.

Langkah 1
Pastikan anda telah log-in ke akaun Facebook. Klik URL berikuthttp://www.facebook.com/groups/117676498244829/ untuk ke group bernamaMurtads in Malaysia and Singapore. 

Langkah 2
Scroll page group berkenaan ke bawah sehingga jumpa perkataan Report Groupseperti dalam gambar berikut dan klik perkataan Report Group tersebut.




Langkah 3
Selepas paparan seperti di bawah muncul, pilih perkataan Hate speech dan Targets a religious group. Seterusnya klik Continue.


Langkah 4
Selepas paparan seperti di bawah muncul, Check (tandakan) pada kotak ayatMessage the administrators of this group dan kotak ayat Report to Facebook.

Seterusnya, klik Continue.


Langkah 5
Selepas paparan seperti di bawah muncul,  Check (tandakan) pada kotak nama Elias Hakimi. Inilah orangnya yang menjadi Administrator group berkenaan.

Seterusnya, klik Continue.


Langkah 6

Selepas paparan di bawah muncul, klik Continue.




Mesej berikut akan muncul sebagai tanda report anda telah dihantar kepada Administrator Facebook dan Administrator Group berkenaan.


Pohon juga agar dipanjangkan kepada rakan-rakan Facebook lain sama ada denganpublish URL blog ini di wall, emelkan kepada mereka, masukkan artikel ini di blog atau apa saja kaedah yang bersesuaian asalkan ribuan pengguna Facebook Muslim yang ada di Malaysia dapat mengambil tindakan ini.

Wassalam.


Monday 21 November 2011

6 langkah mudah untuk laporkan group mempromosi murtad di Malaysia kepada Admin Facebook. Mohon laksana dan sebarkan!

Komen-komen menghina Islam

Klik pada gambar untuk membaca komen-komen menghina Islam

Pertama sekali saya ingin bertanya, apakah perasaan anda setelah membaca komen-komen di atas? Marah, sakit hati atau tidak berasa apa-apa?

Sebenarnya, itulah "keterbukaan" yang cuba ditonjolkan oleh golongan murtad yang mempelopori usaha untuk mempromosikannya di negara ini melalui Facebook. Saya telah mengulas perkara ini di dalam posting terdahulu.

Hari ini, saya telah menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan PDRM untuk mendapatkan status tindakan mereka terhadap aduan saya mengenai kewujudan group yang mempromosikan murtad ini. 

Jawapan yang diterima dari pegawai SKMM yang bertanggunjawab untuk mengendalikan aduan saya sedikit mengecewakan kerana mereka tidak dapat menyekat group berkenaan berdasarkan kepada URLnya memandangkan tindakan berkenaan akan menyebabkan aplikasi Facebook tersekat sepenuhnya 100% tanpa boleh dilayari langsung di negara ini. Ini disebabkan group, page atau apa saja aplikasi yang ada di dalam Facebook hanya menggunakan satu IP yang sama untuk masuk ke Malaysia. Jika IP itu disekat, semua sekali tersekat.

Walau bagaimanapun, pegawai berkenaan memaklumkan pihak SKMM akan menghantar surat kepada Administrator Facebook agar menutup group tersebut. Namun, keputusan sama ada pihak Facebook mahu menutupnya ataupun tidak, ia terpulang kepada mereka. 

Nampaknya, kita (SKMM/ Malaysia) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat "kebebasan bersuara" yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang mereka. Inilah hakikat sisi negatif globalisasi yang kita terpaksa terima!

Menurut pegawai PDRM dari IPD Serdang yang mengendalikan kes ini pula, pihak mereka telah memanjangkan perkara ini kepada SKMM untuk tindakan lanjut dan PDRM menyiasat aduan ini dalam konteks yang berbeza berbanding SKMM. Memandangkan ia masih dalam siasatan dan tindakan pihak polis, saya tidak akan mengulas lanjut.

Selain mengharapkan tindakan pihak berkuasa, sebagai pengguna Facebook, saya merayu kepada rakan-rakan pembaca sekalian untuk mengambil 6 langkah mudah berikut untuk Report Group berkenaan kepada Administrator Facebook. 6 langkah ini amat mudah dan hanya mengambil masa tidak sampai dua satu minit. Pihak Administrator Facebook akan menutup group berkenaan jika ramai pengguna Facebook yang melakukannya.

Langkah 1
Pastikan anda telah log-in ke akaun Facebook. Klik URL berikuthttp://www.facebook.com/groups/117676498244829/ untuk ke group bernamaMurtads in Malaysia and Singapore. 

Langkah 2
Scroll page group berkenaan ke bawah sehingga jumpa perkataan Report Groupseperti dalam gambar berikut dan klik perkataan Report Group tersebut.


Langkah 3
Selepas paparan seperti di bawah muncul, pilih perkataan Hate speech dan Targets a religious group. Seterusnya klik Continue.


Langkah 4
Selepas paparan seperti di bawah muncul, Check (tandakan) pada kotak ayatMessage the administrators of this group dan kotak ayat Report to Facebook.
Seterusnya, klik Continue.



Langkah 5
Selepas paparan seperti di bawah muncul,  Check (tandakan) pada kotak nama Elias Hakimi. Inilah orangnya yang menjadi Administrator group berkenaan.

Seterusnya, klik Continue.




Langkah 6

Selepas paparan di bawah muncul, klik Continue.



Mesej berikut akan muncul sebagai tanda report anda telah dihantar kepada Administrator Facebook dan Administrator Group berkenaan.


Mohon panjangkan kepada rakan-rakan Facebook lain sama ada dengan publish URL blog ini di wall, emelkan kepada mereka, masukkan artikel ini di blog atau apa saja kaedah yang bersesuaian asalkan ribuan pengguna Facebook Muslim yang ada di Malaysia dapat mengambil tindakan ini. 

Semoga sedikit usaha kita ini akan diberkati oleh Allah SWT.

Wassalam.

Thursday 17 November 2011

Syiar Kristianisasi di laman sosial Facebook.


ISNIN, 1 OGOS 2011

Group mempromosi murtad di Malaysia: Mohon seluruh umat Islam laporkan kepada SKMM dan Polis

Di kala umat Islam bergembira dengan kehadiran Ramadhan bermula hari ini, saya berasa amat marah dan kecewa apabila membaca posting yang dibuat oleh seorang rakan mengenai satu group yang diwujudkan untuk mempromosikan murtad di Malaysia dan Singapura. 


Page laman sosial Facebook bertajuk 'Murtads in Malaysia and Singapore'. Adakah kita terus lena menunggu ditimpa bala.
Group berkenaan yang bertajuk Murtads in Malaysia and Singapore secara jelas dan berani menyatakan tanpa berselindung kenyataan berikut bagi menggambarkan agenda mereka:

"Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia."


Ia juga bukan sekadar mempromosikan murtad malah turut bersikap anti-kerajaan apabila mengeluarkan kenyataan berikut:

"Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan menyekatkan laman web yang bertajuk Faith Freedom International (Kebebasan kepada Kepercayaan Antarabangsa) di alamat: http://faithfreedom.org/. Penggunaan Internet di Malaysia kini sedang dikawal dengan ketat. Mereka yang dijumpai dan dipercayai oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Islam di Malaysia menyalahgunakan Internet adalah mereka yang mengakses dan mengeluarkan maklumat yang tidak disetujui oleh matlamat pengislaman negara Melayu Malaysia. Kawalan ini telah melibatkan rakyat Malaysia yang hanya bersuara di Internet ditangkap dan dihukum dengan berat. Murtad telah difatwakan oleh kerajaan Islam di Malaysia sebagai ancaman keselamatan negara dan jenayah berat."

Jika admin dan ahli group ini merasakan tindakan Kerajaan Malaysia itu salah dan seluruh umat Islam harus diberikan kebebasan untuk murtad dengan menggunakan alasan kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan, saya mohon mereka untuk membaca peruntukan berkenaan SEHINGGA HABIS dan bukan di Fasal 1 sahaja.

Perkara 11. Kebebasan Beragama

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Kewujudan group ini secara jelas bukan saja tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Ugama Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan) dan sensitiviti umat Islam di Malaysia malah lebih buruk lagi, ia boleh menjadi pencetus kepada pertelingkahan antara agama di negara ini.

Antara komen bencikan Islam lantang dan berani.
 Saya merasa sedikit terkilan apabila mendapati terdapat sebilangan ahli politik Malaysia turut menyertai group ini. Cuba semak sendiri, profile mereka ini sememangnya tulen, bukan palsu. Tambahan pula, mereka yang ingin menyertai group ini perlu request (Ask to join group). Bukankah itu tandanya mereka sememangnya berniat untuk menyertai group berkenaan?

Dengan doa kami berharap semoga mereka diberi hidayah.




 Ahli-ahli politik ini seharusnya mengajak rakyat Malaysia untuk menghormati Perlembagaan, menjaga sensitiviti umat Islam dan bukannya menunjukkan solidariti ke atas perkara yang mempromosiikan murtad sebegini. Apa pun alasan yang mungkin diberikan sama ada sekadar suka-suka, mahu mentarbiah atau mahu berdialog, kehadiran mereka ke group tersebut sungguh mengecewakan. Mereka memberikan mesej yang salah dengan menyertainya.


Kepada rakan-rakan sekalian, tidak perlu untuk menyertai group tersebut sama ada  untuk membantah atau berdialong dengan mereka. Tiada gunanya untuk mentarbiah kerana mereka telah set di minda untuk mempelopori usaha murtad di Malaysia apabila mengeluarkan kenyataan berikut:

"Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam."

Saya telah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kewujudan group ini di laman berikut http://aduan.skmm.gov.mydan merayu agar semua umat Islam lain di Malaysia yang prihatin agar turut berbuat demikian. Saya percaya, sekiranya SKMM menerima bantahan dan aduan sebegini dalam jumlah yang besar, pasti mereka akan mengambil tindakan yang pantas untuk menanganinya.

Dan juga, sekiranya berupaya, mohon adukan juga kepada pihak polis agar perkara ini ditangani secara tuntas dan berkesan. Saya akan melakukannya pada kadar segera.

Mohon panjangkan pengetahuan ini kepada rakan-rakan yang lain agar semua berhati-hati akan kewujudan agenda keji untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia. Semoga sedikit usaha kita ini akan memelihara iman dan Islam kita semua.



MELAYU-MUSLIM PERLU BANGUN DARI TIDUR – SEDARLAH ANCAMAN KRISTIANISASI

Crest Ottoman. Empayar Islam terakhir?


Perkataan atau istilah Melayu sudah sinonim dengan Islam.  Sebab, agama Islam merupakan unsur terpenting dalam peradaban Melayu.  Islam dan Bahasa Melayu kemudian berhasil menggerakkan ke arah terbentuknya kesedaran nasional.  Al-Attas mencatat masalah ini:

            “together with the historical factor, the religious and language factors began setting in motion the process towards a national consciousness.  It is the logical conclusion of this process that created the evolution of the greater part of the Archpelago into the modern Indonesian nation with Malay as its national language….  The coming of Islam constituted the inauguration of a new period in the history of the Malay-Indonesian Archipelago”.

Kamus dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1989, juga menegaskan identiti antara Islam dengan Melayu.  Disebutkan, bahawa istilah “masuk Melayu” mempunyai dua erti, iaitu (1) mengikut cara hidup orang-orang Melayu dan (2) masuk Islam.

Mengamati peri pentingnya peranan agama dalam suatu peradaban, dapat dijelaskan bahawa tanda-tanda kehancuran suatu peradaban dapat dilihat sejauh mana unsur utama (agama) dalam peradaban tersebut tetap terpelihara dengan baik.  Jika agama yang menjadi asas utama peradaban itu sudah rosak, maka dapat dikatakan peradaban itu telah mengalami satu perubahan yang signifikan.  Mungkin peradaban itu hanya tinggal namanya sahaja tetapi, hakikatnya, peradaban tersebut sudah rosak atau sedang hancur.

Sejarah juga mencatat, bagaimana peradaban Islam di Sepanyol yang sangat agung dan sudah bertahan selama 800 tahun dapat dihancurkan oleh kaum Kristian dan akhirnya kaum Muslimin dimusnahkan dari bumi Sepanyol.  SM Imamuddin menyebutkan beberapa faktor penyebab kehancuran peradaban Islam di Sepanyol. 

Faktor utama: ialah perpecahan dan kecemburuan antara suku. Hatta ada beberapa penguasa Muslim di Sepanyol, seperti Ma’mun dari Toledo dan Dinasti Nasrid, mendapatkan kekuasaan dengan  dana dan kekuatan Kristian untuk menghancurkan kekuatan Muslim lainnya.

Kehancuran dan kejatuhan berbagai kaum, negeri, bangsa dan peradaban inilah yang sepatutnya direnungkan secara mendalam dan sungguh-sungguh oleh kaum Muslimin, khususnya para ulama dan cendekiawan Muslim di MalaysiaApakah gejala-gejala kehancuran suatu negeri atau peradaban seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan pernah terjadi dalam sejarah manusia sudah ditemukan dalam Negara kita yang berperadaban Melayu?  Kalau gejala-gejala itu sudah ada, bagaimana cara menghindarkannya?

Kebelakangan ini wujud gejala kecenderungan sesetengah pihak menggadai kepentingan agama demi meraih sokongan politik.  Nama suci Allah tergamak dibiarkan untuk dipakai secara sewenang-wenangnya oleh agama lain. Hakikatnya ini satu jalan mengelirukan umat Islam dengan merendah-rendahkan nama suci Allah yang termaktub dalam al-Quran dengan hanya diterjemahkan God dalam bahasa Inggeris.  Maka dengan itu mana-mana pihak berhak menggunakan nama Allah kepada makhluk-makhluk yang mereka anggap sebagai tuhan.  Apakah wajar demi politik kita membiar dan bersekongkol untuk meng-allahkan saja apa yang mereka anggap tuhan.

Tentunya perbuatan ini menjadikan kita redha dengan syirik.  Nauzubillah!!!  Memang kita mengalu-alukan sekiranya agama lain menganggap Allah sebagai Tuhan yang maha tinggi, tetapi menyifatkan Allah sebagai nama am yang bermaksud tuhan amatlah merbahaya dan satu penghinaan kepada ajaran Islam dan umat Islam yang beriman kepada Allah. 

Kita harus sedar hakikat ini, perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia telah membuka ruang kepada keaktifan kegiatan kristianisasi.  Nikmat keamanan bila-bila masa boleh digugat dek kerana kestabilan politik yang tidak menentu, ekonomi yang dimonopoli oleh orang kafir dan masalah sosial di kalangan umat Islam yang meruncing.

Adakah kita umat Islam di Malaysia ini tidak sedar akan bahana hakikat ini? Sudah pasti kita gentar dan khuatir akan masalah yang umat Islam hadapi ketika ini.  Kerana jawapannya sudah pasti hanya mengundang kemurkaan Allah.  Persoalannya siapa yang bertanggungjawab?  Ingatlah, setiap umat Islam bertanggungjawab.

Tuesday 15 November 2011

Mufti Selangor : Ramai Mualaf Yang Pohon Murtad

Friday, 17 June 2011 | Ruangan: Berita


SHAH ALAM 17 Jun – Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid memberitahu, banyak permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan mualaf yang baru memeluk Islam.
“Yang ramai itulah dia, (orang yang) bertukar kepada Islam,” katanya ketika ditanya sama ada majoriti yang memohon menukar agama terdiri daripada saudara baru.
Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berhubung pendedahannya itu.
Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah bagi seluruh negara adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.
Laporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam adalah 863 kes dan sebanyak 168 diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Lebih memeningkan lagi, menteri berkenaan pada petang Rabu, dipetik Bernama sebagai menafikan jawapan yang diberikannya kepada Dewan Rakyat itu.
Bernama melaporkan Jamil Khir berkata sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.
Ketika dihubungiMalaysiakini semalam, Tamyes turut melahirkan kebimbangannya berhubung peningkatan bilangan permohonan murtad yang ramai.
“Bukan saya seorang saja (bimbang), semua berasa bimbang. Saya harap golongan tertentu (yang ingin murtad) jelas matlamat (mereka) yang sebenar,” kata Tamyes.
Ramai yang dari Hindu
Sehubungan itu, beliau mencadangkan semua pihak, terutamanya penguatkuasa agama menggandakan usaha membenteras gejala itu dengan menggiatkan usaha dakwah.
“Semua pihak (berusaha) bukan hanya pihak penguatkuasa sahaja. Orang ramai termasuk ibu bapa dan masyarakat kena berusaha,” katanya.
Beliau juga mengingatkan, seseorang yang ingin menganut agama Islam perlulah dengan kerelaan hati dan bukannya kerana paksaan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.
“Kalau begitu, dia (saudara baru) akan komited (berpegang pada Islam),” katanya lagi.
Sementara itu, seorang pegawai penasihatan akidah di Jabatan Mufti Selangor, M Daruddin Taib @ Hassan memberitahu, di negeri itu, kebanyakan kes murtad melibatkan kaum India.
“Kita (jabatan mufti) menggunakan panel (yang dianggotai orang) Hindu yang masuk Islam (untuk kes sebegitu), saya tak boleh bertutur bahasa Tamil,” katanya.
Namun menurut beliau, terdapat juga kes lain yang melibatkan pelbagai latar belakang.
“Macam-macamla latar belakang. Ada yang lahir dan dibesarkan oleh keluarga yang bukan beragama Islam,” katanya.
Katanya lagi, ada yang memohon untuk bertukar kepada Islam kerana ingin berkahwin dengan orang Islam namun kegagalan perkahwinan mendorong mereka kembali ke agama asal.
-Malaysiakini-



Monday 14 November 2011

GERAKAN KRISTIANISASI DI TANAH MELAYU

Jangan sampai bendera kita ditukar salib. Awas ini agenda tersembunyi mereka.

1.    Mazhab-mazhab Kristian yang wujud di Malaysia:

1.  Methodist
2.  Anglican
3.  Baptist
4.  Brethren
5.  Lutheran
6.  Presbyterian
7.  Catholic
8.  Sidang Injil Borneo

2. Senarai Gerakan Kristian yang aktif dalam aktiviti Kristianisasi di Malaysia:


Nama Gerakan:
SIDANG INJIL BORNEO (SIB)
Ketua:
Daniel Raut (president)
Maklumat:
Terdapat sub-kumpulan iaitu Sidang Injil Baru (SIB) Sarawak.  Mewakili kelompok Kristian Protestan terbesar dan juga mempunyai kumpulan gereja penduduk asli terbesar di Malaysia.  Menggunakan pendekatan Cell Group (CG) Church – Kumpulan Sel Gereja – seperti Damansara Utama Methodist Church (DUMC)
Bilangan Ahli:
Lebih 500,000 ahli aktif
Modus Operandi:
Menggunakan sokongan/bantuan Senator Dato’ Idris Jala mewakili mereka untuk memberi tekanan kepada konsep kebebasan beragama.
Kumpulan Sasaran:
 i.    Orang Asli (OA):  beroperasi dengan kerjasama gereja SIB di Semenanjung.  Objektif utama adalah untuk menjalankan projek pembangunan komuniti/kebajikan dan memberi tumpuan terhadap pelajaran, pembangunan kemahiran dan rohani. (PIC:  Joviana Solibun   
ii.        Gathering of East Malaysians (GEMs):  bertujuan untuk mengumpul belia Malaysia Timur (sedang belajar/bekerja di Lembah Klang) dan menyediakan platform untuk mereka yang berkaitan dan dipupuk di gereja tempatan.  (PIC:  Angeline Liew
 
iii.       
Felo Pembantu Rumah Indonesia (IMF):  menggunakan pembantu rumah ahli-ahli gereja untuk memberi ajaran Kristian mengikut landasan mereka tersendiri.  Mereka dilatih supaya apabila kembali ke nagara asal, mereka dapat menjalankan kerja penginjilannya di kampung-kampung mereka sendiri.  (PIC:  Esther Wee)
  
iv.       
Kementerian Nepal (Nepalese Ministry):  kementerian baru yang telah diwujudkan kerana menyedari terdapat ramai masyarakat Nepal yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur.  (PIC:  William Cheang)
v.       
ETOP (Program Tuisyen Bahasa Inggeris):  fokus kepada lapisan masyarakat dengan menyediakan tuisyen secara percuma sebagai satu cara untuk menarik minat masyarakat di sekitar Lembang Klang
 
vi.       
Mokens a.k.a. Sea Gypsies:  kerjasama dengan
agensi-agensi lain dalam membina semula kehidupan mereka yang telah dilanda tsunami pada tahun 2004.  2-3 sekali setahun, pasukan akan dihantar untuk melakukan:  1) Klinik bergerak, 2) Perkhidmatan Anak angkat, 3) Projek-projek Pembangunan Rakyat
 
vii.       
Projek Sabah:  memberi tumpuan kepada pembangunan strategic jemaah-jemaah di SIB Sabah.  Hubungan secara langsung dengan Pusat SIB Sabah untuk menyasarkan bidang pertumbuhan utama gereja-geraja di Sabah, yang menggalakkan peningkatan tahap ekonomi dan kerohanian gereja dengan pembiayaan pembinaan gereja, seminar, asrama dan pra-sekolah, menyokong para pastor dan penginjil dengan kewangan, menyokong penubuhan taska dan tadika serta menganjurkan perjalanan misi pendek ke Sabah



Nama Gerakan:
The Anglican Diocese of West Malaysia
Ketua:
The Revd Canon Dato’ Ng Moon Hing
Maklumat:
Terbahagi kepada Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura (masih ada hubungan dalam menjalankan projek).  Antara visi dan misi yang dinyatakan adalah untuk menjadi Gereja yang mengistiharkan penyembuhan dan kerja-kerja taubat Tuhan di tengah-tengah perubahan pesat globalisasi dan maklumat yang meninggalkan kesan-kesan kecelaruan, perpecahan, kemiskinan yang tidak diingini dan kemerosotan manusia dengan mesej bahawa Kristus membawa keutuhan.
Bilangan Ahli:
23, 632 ahli aktif (mempunyai 1 pasukan terdiri daripada 14 pekerja sepenuh masa dan ramai sukarelawan.  Pasukan ini dihantar untuk misi dalam penamaan gereja dan inisiatif misi baru.  Kawasan misi yang terbaru adalah di negeri Kelantan.
Modus Operandi:
Menjalinkan kerjasama dengan gereja tempatan atau oraganisasi Kristian untuk membekalkan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti gempa bumi, taufan, banjir, kemarau dan sebagainya.  Dalam sesetenganh kes, mungkin akan mewujudkan jaringan-jaringan kerjasama jangka panjang dengan gereja tempatan untuk tujuan pemulihan dan pembinaan semula.  Bantuan yang dihulurkan tidak bersyarat, tidak berat sebelah dan hanyalah untuk menunjukkan kasih saying Tuhan, “to love our neighbours as ourselves”.

Menjalankan pelbagai program dan acara untuk merapatkan hubungan dengan penduduk kampong.  Antaranya
 i.        mewujudkan kementerian pendidikan seperti program kebolehan menulis dna membaca, tuisyen dan taska/tadika.
 ii.        mewujudkan kementerian mikro-ekonomi seperti kedai jimat cermat, pembangunan pertanian, penternakan kambing, ikan dan ayam.
iii.        mewujudkan kementerian sosial seperti bantuan pemulihan dadah, bantuan undang-undang dan bantuan pengagihan makanan kepada orang misking serta bantuan perumahan.
iv.        mewujudkan kementerian rohani seperti latihan kepimpinan, pendidikan teologi, sekolah mini al-kitab, program latihan akar umbi penginjilan, latihan belia dan sekolah pada hari Ahad.
Kumpulan Sasaran:
Penduduk-penduduk di kawasan kampung dan pedalaman.




Nama Gerakan:
Sunway Damansara Anglican Centrer
Ketua:
Pastor Rev. Canon Peter Chiang
Maklumat:
Menggunakan konsep Cell Church dalam penyebaran dan pengajian Kristian.  Antara matlamat yang ingin dicapai pada tahun 2012 adalah mempunyai 300 ahli baru.  50 daripada jumlah tersebut adalah untuk jemaah berbahasa Malaysia.
Modus Operandi:
Menghidupkan aktiviti di setiap bahagian yang ditubuhkan seperti


1.    Bahasa Malaysia Ministry
2.    Care and Concern Ministry
3.    English Congregation
4.    Music Ministry
5.    Orang Asli Ministry
6.    Pulpit Ministry
7.    Sunday School
8.    Youth Fellowship
Kumpulan Sasaran:
“The Malaysian citizens”.