Friday 4 November 2011

‘HIPOKRIT’ DAN ‘DOUBLE STANDARTD’ PAS


Ustaz Nasarudin sentiasa tegas dengan pendiriannya tanpa memikirkan untung dunia.  Umat Islam memerlukan pemimpin seperti beliau kerana beliau tidak hipokrit.  Semoga ustaz dapat membimbing umat Islam ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

tintedhijau pening kepala dek melihat karenah Pas yang terus ‘hipokrit’ dan ‘double standard’ dalam pelbagai isu dewasa ini.  Inilah amalan politik Pas yang makin teserlah akibat bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam pakatan rakyat (PR).

Perkara baik jika melibatkan Barisan Nasioanal (BN) khususnya UMNO, Pas akan bermatian dengan dalil menidakkan kebaikan itu.  tintedhijau berpegang kepada kebenaran.  Yang salah tetap salah. Yang benar pasti benar. 

Malangnya, perkara biadap dan jahat yang dilakukan oleh pemimpin PR tidak diendahkan malah Pas akan membisu dan tutup mata.  Nak menegur jauh sekali.  Masyaallah!!! Inikah yang dinamakan parti Islam?

Maka tidak hairanlah bekas AJK Dewan Ulama Pas, Datuk Ghazali Muhammad sekali lagi membidas tindakan Pas pusat yang masih sepi dalam isu penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.  tintedhijau difahamkan penganjuran program sundal ini adalah kali kedua dan mendapat sokongan penuh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga.

“Adakah disebabkan program sundal ini mendapat sokongan Datuk Ambiga, Majlis Peguam dan pertubuhan yang menjadi tulang belakang Bersih 2.0 jadi Pas lebih selesa tutup mulut? tegas Datuk Ghazali.

Pas hari ini lebih takutkan DAP dan PKR dari kemurkaan Allah s.w.t.  Pas sudah tidak mampu lagi memperjuangkan kebenaran akibat tindak tanduk mereka dikawal oleh DAP dan PKR.


tintedhijau tabik spring pada Dr. Hassan Ali.  Beliau sentiasa tegas tentang masalah umat Islam dan tidak gentar walaupun dikecam rakan sendiri.  Sukar untuk mencari pemimpin Islam seperti beliau.  Semoga Allah bersama pejuang Islam ini.  Amin.

Pas tidak lagi bebas bersuara dalam menyatakan pendirian.  Mereka seolah-olah perlu  mendapatkan restu dari DAP dan PKR sebelum menyatakan pendirian.  Alhamdulillah,  tintedhijau masih berbangga kerana masih ada lagi pemimpin Pas yang tegas dalam isu membabitkan Ugama Islam dan akidah umat Islam.  Tabik spring bro!!!  Malangnya mereka ini tidak mendapat tempat dalam PR dan sering dipulaukan.  Inilah malapetaka yang melanda Pas sejak akhir-akhir ini.

tintedhijau risau akan fenomena yang berlaku dalam Pas.  Akibat terlalu ghairah untuk berkuasa, ada pemimpin yang telah menjadi buta dan terpesong.  tintedhijau tidak berniat untuk menyebut pemimpin-pemimpin itu.  tintedhijau ingin menegur, kuasa belum tentu dapat menegakkan syiar Islam di bumi bertuah Malaysia.    

Janganlah terlampau ghairah untuk berkuasa.  Kerana keghairahan mampu membutakan hati sesiapa pun.  Ulama pun tidak terlepas.  Ingat, kerana musuh utama umat Islam adalah syaitan yang direjam.  Syaitanlah yang sentiasa menghuru-harakan kita umat Islam supaya berpecah belah.  Nauzubillah!!! 

tintedhijau berharap Pas akan tegas dalam isu penganjuran program sundal Sexuality Merdeka 2011.  Pas harus ke hadapan dalam mempertahankan maruah umat Islam di Malaysia.  Allahuakbar!!! Itu amanah tintedhijau kepada Pas.

NOTA:  AHLI PAS DAN SEMUA UMAT ISLAM WAJIB BERSATU DAN HALANG PROGRAM SUNDAL INI.  KITA GANYANG DATUK AMBIGA.  POORAAHHHH!!!!!!! LEPAS TU KITA SERANG RUMAH URUT SEX DI SHAH ALAM. NANTIKAN LAPORAN EKSKLUSIF DARI TINTEDHIJAU.  PANAS . . .

No comments:

Post a Comment