Wednesday 2 November 2011

MUSUH DALAM SELIMUT

Kami takut dengan gula-gula yang ditabur, kata orang mati semut kerana gula.


Salam saudaraku sekelian

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman
kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak
henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang
menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang
disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami
terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]:
118)

FAHAMILAH AYAT DI ATAS, HATI-HATILAH DENGAN ORANG BUKAN ISLAM.

Jangan membenci sesama kita atas pengaruh mereka,
Jangan bergaduh sesama kita untuk mengambil hati mereka,

SATUKAN HATI, SATUKAN UMMAH.

tintedhijau ingin melahirkan kekhuatiran terhadap ancaman pengaruh dari golongan yang menampilkan diri sebagai ahli akademik lah, pakar perlembagaan lah, pakar undang-undang lah dan pakar hal ehwal agama, tetapi menjadi punca masalah kepada pelbagai polemik di kalangan umat Islam sejak akhir-akhir ini.

Golongan ini sering kali muncul dengan topeng-topeng keadilan dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusian sejagat,walhal mereka sebenarnya menjadi musuh ummah secara hakikatnya.

Golongan yang menampilkan diri dengan wajah pemikir Islam dan kononnya memperjuangkan keadilan kemanusiaan sejagat ini, telah menyalahgunakan peluang oleh pemerintah kepada mereka bagi mempertingkatkan penguasaan ilmu.  Sebaliknya golongan ini telah beralih arah dan menjadi penyemai fikrah liberalism dalam minda orang muda (mahasiswa) dan orang dewasa (taksub kepada parti politik) yang kurang mantap asas akidah Islam dan pemahaman mereka tentang pelbagai bentuk gerakan assimilasi doktrin orientalis dan konsep sosialisma dan liberalisasi dalam 'beragama'.
Kelemahan umat Islam itu digunakan sebagai kekuatan dan peluang untuk mereka menyebarkan ideologi jijik mereka itu. Golongan ini mempergunakan atau memperalatkan mahasiswa yang sebagai pengikut tegar mereka.

Gerak kerja mereka sangat licik dengan berselindung di sebalik kata-kata yang berbunyi Islamik tetapi hakikatnya lebih condong kepada menyemai bibit bibit liberalism.

Golongan ini juga berdiri sebaris orang kafir yang menentang Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) tempoh hari. Mereka menolak sebarang usaha pergerakan Islam tanahair dan menuduh gerakan Islam ini sebagai pengampu kerajaan dan penjilat pemerintah.

tintedhijau tahu siapa mereka dan siapa di belakang mereka?  Golongan ini sangat mendapat tempat dalam Pakatan Rakyat (PR).  Gerakan jahat golongan ini telah berjaya mempengaruhi sebilangan ahli PR.  tintedhijau khuatir, golongan ini menguasai pimpinan PR kelak.
Ingat! Golongan ini adalah ‘musuh dalam selimut’ umat Islam.  Agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama yang lain. Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Kita wajib menyedarkan dan memerangi golongan ini.Allahuakbar!!!
NOTA:  JIKA INGIN BERKUASA PUN, JANGAN  SAMPAI MENGGADAIKAN AGAMA ISLAM UNTUK MENDAPAT SOKONGAN ORANG KAFIR.  ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALA-GALANYA. 

No comments:

Post a Comment