Thursday 3 November 2011

PERTAHANKAN AQIDAH DENGAN ILMU

Tuhan bersama kita.



Mempertahankah aqidah satu kemestian, satu kewajipan bagi setiap insan yang melafazkan syahadah. Tetapi laksanakan dengan bijaksana, kita akan ditimpakan dengan pelbagai ujian, selaras dengan firman Allah dalam ayat ini :
Surah Hud ayat 118
 “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadi umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.”

Untuk berjaya kita perlu kesabaran, perlu bijaksana dan perlu melakukannya dengan baik agar dapat dijadikan contoh ketinggian peradaban Islam itu sendiri. Selaras dengan ayat ini:
Al-ankabut ayat 46
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah kami patuh dengan berserah diri."

Beringatlah dan bertakwalah agar kita sentiasa berada dalam berkat restu Ilahi, kerana dengan bantuan-Nya sajalah dapat kita memperoleh kejayaan. Kita perlu BERILMU untuk mencapai kejayaan ke atas musuh-musuh islam. Allah mengurniakan Ilmu kepada semua manusia, ilmu datang dari pelbagai sudut, malah dari musuh islam itu sendiri. Jangan segan mempelajarinya. Selaras ayat ini:


~ Surah al-Hujurat, ayat 13
Wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)

Dan sebagai peringatan, janganlah kita melupakan pegangan kita, mukjizat teragung yang diturunkan iaitu Al-Quran itu sendiri sebagai sumber Ilmu kita.
RANCANGLAH KERJA DENGAN BIJAKSANA,
BERUSAHALAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH,
BERTAWAKKALLAH DAN BERSERAH SETELAH SELESAI SEMUANYA
INSYA ALLAH, KEJAYAAN AKAN DATANG

sepertimana janji allah dalam Surah al-Imran, ayat 160:

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."

No comments:

Post a Comment