Sunday 13 November 2011

PENGHINAAN TERHADAP IBADAH QURBAN : DAKWAH ISLAM GAGAL, DAKYAH KAFIR BERJAYA

Jawapan kami bukan ustaz- Lembu dicipta untuk dimakan, sama seperti ikan, dan dicipta oksigen untuk bernafas, untuk makan dagingnya kita perlu menyembelih bukannya mengetuk kepala atau apa cara sekalipun untuk mematikan lembu tersebut. Ada benda yang jelas di akal boleh dimakan dan tidak boleh dimakan, contoh- monyet memang bukan makanan namun setengah bangsa itu menjadikannya sebagai makanan sama seperti babi.



Gambar dia atas merujuk kepada komen yang disiarkan dalam blog limkitsiang. Islam diperkotak katik dengan mudah tanpa rasa takut dan tiada sekelumit hormat langsung terhadap agama lain.

Benarlah seperti dalam ayat Al-Quran surah Al-Anfaal (8:22) yang bermaksud:
"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun".
Dan ayat ini dari surah Hud (11:24)

Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?

Sudah berapa lamakah mereka ini hidup dengan aman disamping kita? Masihkah tidak sedikitpun kefahaman tentang islam ini terkesan dihari mereka? Dan kini komen sebegini pula yang mereka keluarkan, di laman pemimpin agung mereka selama 355 hari!!!
Golongan KAFIR ini sungguh beristiqamah dalam dakyah mereka, entah berapa ramai orang lagi yang bersikap seperti ini. Nampaknya rakan mereka yang islam juga tidak mampu memberikan penjelasan yang baik kepada mereka.

Dakwah ISLAM telah gagal, dakyah kafir pula yang berjaya nampaknya.
Sedarlah saudaraku, rapatkanlah saf kita, tutup ruang kelemahan kita dan jadikanlah Malaysia ini tempat sinar Islam kembali berkembang.

No comments:

Post a Comment