Tuesday 1 November 2011

HUDUD SATU REALITI ATAU RETORIK?



Suatu masa dahulu, umat islam hebat, umat islam kuat kerana mereka cintakan ilmu,
umat islam melahirkan AL-FARABI, AL-KHAWARIZMI, AL-KHINDI.......
Tapi kini umat islam lemah dan tidak bersatu, umat islam lebih mengingati AL-TANTUYA, AL-JUBURI, AL-KOHOL.....
Insaflah saudaraku sekelian, kembalilah ke jalan ALLAH dan AL-QURAN!!




Islam hari ini...

tintedhijau tertarik dengan isu yang berlaku di Kelantan, orang-ramai sedang bercakap mengenai rancangan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tuan guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Walaupun ia dianggap ‘isu lama diperbaharui,’ Tuan guru cuba mempamerkan kesungguhan dengan menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai seorang exco kanan, hakim mahkamah syariah, mufti dan ketua polis negeri.

tintedhijau ingin menegaskan di sini, buatlah dengan sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh atas dasar keimanan dan ketaqwaan.  Jangan sesekali ada niat lain, termasuk niat politik.  Ingatlah bahawa manusia lain mungkin tidak mengetahui niat sebenar kita, tetapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Perkasa. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kita termasuk dalam kategori orang-orang yang menzalimi diri sendiri.

Kepada umat Islam yang lain, tintedhijau menyeru supaya memberi sokongan kepada usaha memartabatkan undang-undang Islam ini dengan memberikan peluang kepada kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya.  Jangan jadikan perbezaan politik satu halangan.  Dan jangan sesekali memomokkan hukum Islam.  Jika orang kafir yang mencemuh, biarkanlah mereka dalam kekafiran dan kejahilan mereka.  Jika mereka melampau, kita layak bertindak balas dengan keadilan.

Sekarang sebilangan kita menyuarakan pula kebimbangan tentang kalau-kalau bencana yang melanda Thailand akan turun pula ke Malaysia.  Jika kita orang beriman, janganlah percaya kepada andaian dan ramalan.  Takutlah kepada Allah s.w.t. dan mohonlah perlindungan kepada-Nya.  Bukankah Dia yang menentukan segalanya di alam semesta ini!

NOTA:  HASAD YANG ADA DI DALAM HATI LEBIH MENYEKSA EMPUNYA DIRI DARIPADA ORANG YANG DIHASAD.  IA UMPAMA API YANG MEMBAKAR.  SEBELUM DIA MEMBAKAR ORANG LAIN, ORANG YANG HASAD AKAN MEMBAKAR DIRINYA TERLEBIH DAHULU.  FAHAMILAH KIASAN INI OK. SALAM




No comments:

Post a Comment