Saturday 12 November 2011

Aziz Bari ‘bunuh diri’


Sang Algojo sedia memenggal kepala barua.

Sekali lagi Prof Dr Aziz Bari ‘memancung kepalanya’ apabila bertindak selaku pendakwah songsang kepada golongan anti raja di kalangan wakil rakyat PKR dan DAP Selangor.
Selepas mengeluarkan kata-kara hina kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah, beberapa ketika dulu – semalam Aziz Bari terus melontarkan dakyah yang sepatutnya tidak diucapkan oleh beliau.
Kita semua tahu raja atau sultan adalah Ketua Agama Negeri dan sudah tentulah Sultan berhak untuk memastikan Agama Islam yang menjadi agama persekutuan Negara terus diperkukuhkan di Malaysia, apatah lagi di Selangor amnya.
Aziz Bari- sama ada dia sedar atau tidak dia sedang dipergunakan sebagai alat
dengan kata lain dia telah menjadi barua.
Jadi, apa yang dituturkan oleh Aziz Bari tidak ubah seperti ‘orang gila’ tanpa memikirkan apa bentuk hukuman bakal diterimanya kerana dia bila-bila masa sahaja boleh dihukum kerana menidak atau menafikan hak Sultan dalam memperkukuhkan Agama Islam di negeri ini.
Suara 3.0 sebenarnya sudah muak dengan perangai Aziz Bari – adakah profesor ini bersikap mengikut telunjuk PKR dan DAP – ataupun sudah menjadi lumrah beliau menegur semua Sultan di negara ini tidak betul (hanya dia sahaja pandai dalam undang-undang perlembagaan).
Untuk makluman, Aziz Bari sebelum ini pernah bersekongkol dengan PAS Kelantan ketika kemelut Istana Kelantan memuncak sehingga berlakunya rampasan takhta daripada anakanda, Tengku Faris Petra daripada ayahanda, Al Sultan Ismail Petra.

Nasib seorang barua.
Daripada mulut celuparnya jugalah, semua pihak menjunjung dan menerima Tengku Faris Petra sebagai Sultan Kelantan sedangkan Tuanku Ismail Petra masih hidup dan bersemayam di Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Bila kita lihat peranan Aziz Bari ini dalam menentukan siapa yang patut memerintah negeri, kami berpendapat beliau sebenarnya suka ambil kesempatan dan mengikut sahaja telunjuk mana-mana pihak yang mampu memberi kepentingan kepadanya.
Jadi tidak hairanlah jika Aziz Bari sehingga kini gagal memiliki telefon bimbit kerana baginya – handphone mampu merugikan masyarakat (bagi Suara 3.0, Aziz Bari sebenarnya kedekut untuk bayar bil) sebab itu dia gemar guna telefon pejabat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas biayaan Kerajaan Barisan Nasional.
Adakah orang sebegini patut disanjung dan peranannya diterima dalam masyarakat hari ini? Mungkin, Suara 3.0 agak berlebihan tetapi biarlah kami berterus terang mengenai nama Aziz Bari.
Bagi kami nama Aziz itu sudah kena kerana ramai golongan cerdik pandai atau golongan raja memiliki nama sebegitu – tetapi nama Bari agak pelik. Ini berikutan, jika kita dengar orang Kelantan mengeluarkan perkataan Bari – ia bermaksud celoteh yang tidak kena tempat.
Jadi, mungkin Allah SWT sudah tunjukkan kepada kita bahawa nama Aziz Bari tidak kena pada orangnya. Bolehkah kita tukar nama Aziz Bari ini kepada ‘Aziz Celoteh Tak Kena Tempat’. Kami minta maaf kepada ayahanda Aziz ini kerana berikan perkataan sama erti maksudnya. Tetapi, kami sebenarnya ingin dan mahu memaksa Aziz sentiasa berfikir dua kali sebelum mengeluarkan celoteh, kerana bimbang ia boleh disalahtafsir oleh individu yang anti raja, terutama PKR dan DAP.
Sebenarnya, sudah dua Sultan dipermainkan oleh Aziz Bari ini – jadi tidak mustahillah bahawa Aziz, PKR dan DAP memang mahu melihat institusi raja di Negara ini berkubur tanpa nesan. Mungkin itu yang diinginkan mereka dalam memastikan Anwar Ibrahim menjadi Presiden Malaysia pertama di negara ini.
Kami, sebenarnya tidak menolak dakwaan sesetengah pihak di seluruh Malaysia bahawa Aziz Bari adalah produk kelahiran Anwar Ibrahim ketika Diktator PKR ini berkuasa penuh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari awal 90-an hingga 1997.
Kita jangan terkeliru dengan apa yang dipertuturkan oleh Aziz yang boleh kita anggap sebagai pencacai kepada PKR dan DAP. Semuanya adalah karut kerana baginya Raja Malaya adalah Anwar Ibrahim.
Jadi, kita sepakat untuk menolak terus setiap fakta Aziz Bari kerana dia hanyalah insan biasa dan tidak ada langsung kehebatan dalam diri. Bagi mereka yang pernah mewawancara Aziz Bari, baru mereka tahu siapa sebenarnya professor kangkung yng berfahaman sosialis ini. Boleh pusing semula kata-kata demi kepentingan diri.
Yang penting, Suara 3.0 mohon kita janganlah terlalu fanatik dengan undang-undang yang direka oleh penjajah. Walau sebijak mana pun kita, pegangan agama mesti diutamakan. Siapa lagi nak diharapkan untuk menjadi peneraju dalam menjaga kesucian Islam selain Sultan kita. Daulat Tuanku!
Di kesempatan ini, Suara 3.0 juga ingin mengucapkan Dirgahayu kepada Al Sultan Ismail Petra yang menyambut ulang tahun pada 12.11.2011.

Kenyataan Aziz Bari:
Prof: Istana mungkin langkaui batas kuasa
Sultan Selangor mungkin telah melangkaui batas kuasa baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan Rang Undang-Undang pada bulan Julai, kata Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah yang
ditandatangani Sultan Sharafudin Idris Shah, menitahkan mereka untuk meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.

Titah bertarikh 11 Julai itu - salinan telah diberikan kepada Malaysiakini (kanan) - disertakan bersama dengan surat yang ditandatangani setiausaha sulit sultan, Datuk Mohamed Munir Bani.

"Selaku Ketua Agama Islam Negeri ini, Beta bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran Agama Islam dalam Negeri ini berjalan dengan lancar dan berkesan.

"Oleh yang demikian, Beta menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan Rang Undang-undang tersebut supaya semua cadangan dapat dilaksanakan dengan segera," titah tersebut dipetik.

Untuk mengelakkan satu lagi konfrontasi dengan istana, wakil rakyat Pakatan Rakyat berkompromi dan meluluskan pindaan terhadap Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, walaupun mereka melihatnya sebagai satu bentuk campurtangan istana dengan badan perundangan negeri.

Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada bulan Mac 2008, Pakatan Rakyat telah bertelagah dengan istana berhubung beberapa isu.

Aziz, seorang pakar dalam soal perlembagaan dan telah banyak menulis mengenai peranan raja, berkata perlembagaan mungkin tidak memperuntukkan kepada sultan kuasa sedemikian.

Menurutnya, walaupun Perlembagaan Persekutuan - Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan - dengan jelas menyatakan bahawa sultan boleh bertindak tanpa atau berlawanan dengan kerajaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam dan adat Melayu, tetapi senyap pada bahagian mengenai badan perundangan.
"Sementara dalam perkara-perkara mengenai Islam sultan boleh
mengabaikan nasihat kerajaan, perkara yang sama tidak boleh digunapakai berkaitan dengan badan perundangan... Kita sekarang berhadapan dengan kuasa perundangan yang tidak terkawal oleh kerajaan.

"Sultan hanya bebas daripada kerajaan, tetapi itu tidak bermakna bahawa baginda juga bebas daripada Dewan," kata Aziz ketika 

No comments:

Post a Comment