Thursday 10 November 2011

RETORIK KERAJAAN ‘CAP AYAM’ SELANGOR


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendahului lain-lain negeri akan melaksanakan gaji minima RM1500 bermula tahun depan.Bunyinya macam bagus aje, malah para pencacai Pakatan Rakyat anggap ianya sebagai berita baik untuk rakyat Selangor. Apapun, rakyat Selangor yang sudah semakin celik tak mudah terliur dengan gaji minima itu.

Mereka anggap pengumum itu lebih kepada retorik kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Ini kerana ia hanya untuk kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri dan tidak membabitkan syarikat-syarikat lain di negeri itu.

Lebih teruk lagi, untuk gaji minima RM1,500 itu, kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri tidak secara automatik mendapatnya tetapi ia berasaskan kepada produktiviti.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pembentangan Belanjawan 2012 sebagai mengulas cadangan melaksanakan gaji minimum itu tahun depan bagi syarikat-syarikat anak syarikat kerajaan negeri di bawah RM300 juta.

Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan tambahan RM10 juta kepada syarikat anak syarikat kerajaan negeri yang tidak stabil kewangannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM 9 November: Kerajaan Negeri Selangor  melaksanakan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan  di syarikat milik kerajaan negeri bermula tahun depan, dalam usaha menterjemah dasar itu yang diperjuang Pakatan Rakyat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Belanjawan 2012 yang dikemukakan  hari ini.

Menurut Khalid, pelaksanaan gaji minima itu dijalankan menerusi peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta.

“Ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide (Holdings Bhd),” kata Khalid.

Bagi syarikat yang mempunyai prestasi kewangan yang belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan bagi melaksanakan dasar itu.

Menurut Khalid, kerajaan Selangor akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minima.

“Hasrat sebenar bukanlah untuk menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang berpendapatan rendah.

“Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan mereka tidak lagi bergantung kepada pemberian pada masa akan datang tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk bersaing dan boleh diguna untuk mencapai gaji yang lebih baik,” kata Khalid.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah yang kita katakan tadi. Sebenarnya bukan berita baik untuk rakyat Selangor. Bukan semua dapat. Kalau semua dapat tempias tak apa dan kita memang boleh ‘tabik spring’. Ini tidak, hanya mereka yang bekerja di anak syarikat kerajaan negeri yang dapat. Kesian rakyat Selangor yang secara keseluruhan kerap diperbodohkan. Cukup-cukuplah itu...

Ini bermakna mereka yang bekerja di PBT, kakitangan bawah kerajaan negeri, pekerja swasta termasuk jabatan-jabatan kerajaan negeri yang lain, bolehlah ‘gigit jari’. Mereka yang dapat hanya kakitangan dari PKNS, PNSB,KDEB dan yang dikategori syarikat anak kerajaan negeri.

Jual unta lagi baik.


NOTA: Apa nak dikato. Itulah hebatnya Kerajaan Pakatan Rakyat. Mana nak cari dana kalau mereka umum semua rakyat dapat tempias. Bangkrap gamaknya. Jadi, faham-fahamlah... agar tidak berulang kali kedua pada PRU13 nanti

No comments:

Post a Comment