Thursday 3 November 2011

JOM MAI SELANGOR.....ADA BAIK PUNYA (Episod 1)


Adegan ini bukan di Hat Yai tapi berlaku di Selangor. WOW!!!
4,500 premis urut berlesen? Pilih sahaja mana satu yang berkenan di hati, ibarat tepuk dada, tanya sama itu hud-hud…..


Itu yang ada lesen, bayangkanlah yang beroperasi secara haram, mungkin melebihi pemikiran waras kita kerana baru saja ambil Kerajaan Selangor tiga tahun setengah, sudah jadikan negeri itu syurga untuk maksiat.
Tidak hairan ada orang kata Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah parti Maksiat, PAS pula parti cakap-cakap... DAP sudah tentu raja kutip untung duit maksiat untuk gerakan ambil Malaya.
Mudah sangat DAP buat kerja kerana mereka tahu Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim mampu kawal mulut PAS, manakala Menteri Besarnya pula, Tan Sri Khalid Ibrahim suka tutup mata jika DAP buat apa sahaja, termasuk melingkupkan Selangor menerusi kegiatan maksiat.
Suara 3.0 turut teruja dengan komen seorang pembaca yang menyatakan bahawa beberapa tokoh DAP yang diketahui kepala samseng telah memegang jawatan paling strategik dalam Kerajaan negeri Selangor.

Bagi Pakatan mereka lihat kelainan sebegini dapat memacu Selangor menjadi terkenal. Apakah lebih tiga tahun memerintah, Selangor dah jadi terkenal? Jawapannya memang terkenal, tetapi yang terkenalnya ialah Selangor Darul Maksiat.


Dalam beberapa catatan, seorang tokoh DAP, juga kepala samseng amat dihormati oleh PKR dan PAS Selangor, kerana beliau terkenal melakukan Kebajikan menerusi aktiviti maksiat.

Tiada satu jasad pun berani menegur samseng ini - nak mampos! Tidak perlu diceritakan apa yang berlaku sebelum ini dengan jembalang ini. Memadai diteliti pembohongan yang dilakukan DAP dan bagaimana arah tuju Selangor masa depan.

Kita ambil contoh pusat urut, Ronnie Liu kata hanya 60 lesen yang diluluskan Kerajaan Selangor sehingga 2006 dan tidak ada lesen baru selepas itu. Ini dusta! Wayang ini hanya menunjukkan kononnya hanya BN yang keluarkan lesen maksiat dan Kerajaan di bawah Khalid dengan nasihat Dr Hasan Ali tidak mengeluarkan lesen. Sama ada Rakyat Selangor termakan pembohongan ini kita tak pasti. Yang pasti jumlah lesen sudah mencapai angka 4,500. Ini sudah melebihi kota Las Vegas!!!

Ini bererti di bawah Pakatan kegiatan haram ditutup sebelah mata dan gejala rasuah menjadi jadi. Dulu hal pasir sekarang urut mengurut, esok entah apa akan jadi pada Bumi Melayu Selangor yang suci dan berkat ini.


Semoga Tuhan ampunkan kita.




No comments:

Post a Comment