Wednesday 2 November 2011

PAS DAN ‘PROGRAM SUNDAL’ MERDEKA 2011?

Sir Elton John, kehadirannya tidak disenangi Pemuda Pas.


Jangan tiru Taliban.  Itu nasihat bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.  Beliau mengulas tindak tanduk Dewan Pemuda Pas Pahang, yang terlalu esktrem, membantah konsert Greaters Hits Tour penyanyi Elton John di Genting Highlands, 22 November ini.
Dr. Asri sebaliknya mencadangkan Pemuda Pas atau orang-orang Pas supaya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal dan bukan tiru Taliban! Tindakan Dr. Asri mendapat kecaman pimpinan Pemuda Pas.  
Tapi tak apalah, itukan parti yang berada dalam pakatan DAP dan PKR. Walaupun tidur sebantal dan mimpi lain-lain, itu tak menjadi hal, asalkan mereka dapat merampas negara Malaysia yang aman dan makmur ini.  Inilah yang membimbangkan tintedhijau melihat kecelaruan Pakatan Rakyat (PR), tiada kesepakatan kecuali membenam Barisan Nasional (BN) pada PRU13 akan datang.
Yang menyedihkan tintedhijau, protes Pemuda Pas ini macam ‘pilih kasih’. Senang cerita tak pernah konsisten dalam prinsipnya.  Semasa konsert World Stage di i-city Shah Alam tempoh hari semua orang mendiam diri.  Pas, melalui Pemudanya yang gagah itu senyap menyepi.  Tiada bantahan pun.  Ini yang tintedhijau marah!
Mengapa? Adakah kerana i-city berada dalam Selangor dan negeri Selangor dalam kekuasaan DAP? Mengapa apabila isu cubaan murtad di sebuah gereja di Damansara juga anda semua menyepi sehingga sanggup menghalalkan cara?
Adakah kerana Pemuda Pas Selangor lebih matang, sederhana dan praktikal daripada Pemuda Pas Pahang? Atau mereka tutup mulut kerana takut dengan DAP?  tintedhijau musykil akan tindak tanduk Pas ini kerana sentiasa tunduk kepada DAP.
Itulah yang tintedhijau bengang.  Cara protes pun sudah ada unsur politik.  Lepas itu mereka ini akan masuk keluar kampung menjaja mengatakan negeri Pahang, negeri PM itu, penuh dengan maksiat.
Kita juga hendak tanya bila masa pula mereka beria-ia menentang amalan gay. Jenuh orang berkata mengenai kegiatan gay sebelum ini, mereka juga menyepi dan mendiamkan diri.  Malah soal liwat dipertahankan habis-habisan dalam ceramah berhubung bab empat saksi.
Pas nampaknya bermain politik atas sentimen dan perasaan semata-mata.  Jika sentimen yang dimainkan itu berjaya menaikkan semangat kebencian orang ramai terhadap pemerintah atau pihak-pihak tertentu, maka mereka akan puas dan menyifatkan sebagai satu kemenangan.  Ini sudah tidak benar.  tintedhijau melihat Pas sudah lari daripada perjuangannya.  Mereka tidak lagi menonjol dengan akhlak-akhlak yang mulia.  Ini bukan petanda yang baik. Renungkanlah!!!
Berbalik kepada penyanyi Eltoh John, beliau mempunyai peminat jutaan manusia seluruh dunia.  Lagipun, inikan negara demokrasi seperti diagungkan DAP dan PKR. Siapa yang mahu menonton silakan, jika merasakan itu maksiat, tinggalkan.
tintedhijau sarankan jika Pas terlalu antikan masyarakat gay, maka lancarkan satu kempen khusus untuk membawa balik golongan ini ke pangkal jalan.  Sahut cabaran ini!!! 
Di Malaysia sendiri pun ramai golongan gay atau homoseksual atau lelaki yang sukakan lelaki ini.  Kes liwat di mahkamah pun sudah semakin banyak.  Ada satu kes di Baling tidak lama dulu ada ustaz meliwat anak murid di sebuah sekolah maahad.  Tiada pula ceramah oleh Pas bagi membela ustaz ini.  Tapi bila melibatkan individu yang ada kepentingan kepada mereka, sana sini canang konspirasi kerajaan.  Itu namanya hipokrit.  Kalau beginilah hakikatnya, usah mimpi lihat kebenaran.
Nampaknya naluri orang Melayu Islam terhadap seks songsang atau masuk pintu belakang ini pun sudah semakin banyak.
tintedhijau cabar Pas pergilah tunjuk perasaan habis-habisan di hadapan pelancaran Sexuality Merdeka 2011 pada 9 November ini oleh tokoh pujaan mereka Datuk Ambiga.
Program ini akan mempromosikan budaya Lesbian, Bisexual, Gay, Transgender dan Intersex.  Program sundal ini mendapat sokongan Amnesty International dan BAR Council.  Sila rujuk www.seksualitimerdeka.org/  tintedhijau hairan kenapa program sundal ini turut disokong kuat oleh pertubuhan dan NGO yang menyokong penuh BERSIH 2.0.
Untuk pengetahuan  para juak Pas, rakan-rakan anda ini sedang mempromosikan budaya liberalism dan pluralism di negara ini.  Ingat, tintedhijau sentiasa mengikuti perkembangan budaya jahat ini.  tintedhijau tidak mahu Pas terlibat, Nahas!!!
Jangan bersikap hipokrit, pergi tentang puak ini habis-habisan.  Kata parti Islam. Kalau benar tidak menggunakan agama Islam untuk kepentingan politik,tintedhijau cabar Pas untuk menentang program sundal ini.  ALLAHUAKBAR!!!
Lakukan kerja dakwah ke atas golongan gay dan homoseksual ini secara meluas untuk memujuk mereka kembali ke pangkal jalan dan bukan secara menghukum.
Peliharalah tanah air kita ini. Ini amaran dari tintedhijau. 
NOTA: TINTEDHIJAU AKAN MENDEDAHKAN RUMAH URUT YANG MENAWARKAN AKTIVITI SEKS DI SHAH ALAM DALAM WAKTU TERDEKAT INI. TUNGGU…

No comments:

Post a Comment