Monday 31 October 2011

RAPUH IMAN, RUNTUH PERPADUAN

Satu Kiblat, Satu Tuhan, Satu Malaysia.

Cinta itu indah.  ia sesuatu yang besar yang datang daripada Allah Yang Maha Besar.  Kalimah hub (cinta) kerap diulang sebut di dalam al-Quran.  Sejak dahulu hingga kini, manusia terus-menerus memburu cinta.  Persoalannya, adakah cinta kuasa, wang dan lain-lain di atas dunia ini menjadi matlamat kita? 

Tidak kira bagaimana cinta ditafsirkan, orang yang pernah mengalaminya sahaja yang dapat merasakannya.  Sampaikan ada orang yang berkata, sesiapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini.  Syair Arab ada mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mengenal cinta maka dia tidak akan mengenal keajaiban dunia!

Cinta memang indah kerana ia datang daripada Allah Yang Maha Indah.  Tidak ada ciptaan yang buruk di sisi Allah.  Buruk dan baik hanya soal relatif yang dirujuk kepada ilmu manusia yang terbatas berbanding ilmu Allah Yang Maha Luas.  Justeru, jika kita mencintai ciptaan Allah yang indah itu pun sudah nikmat, apalagi kalau kita mencintai Pencipta keindahan itu sendiri, maka sudah tentu nikmatnya lebih berganda.  Oleh sebab itulah menurut pandangan ulama, nikmat yang paling tinggi di syurga nanti ialah kenikmatan dapat melihat wajah Allah! Masyaallah . . .

Orang Mukmin (mereka yang berjuang untuk Islam) tetap memilih untuk mencintai Allah, lebih daripada segala-galanya.  Untuk itu ia sanggup berkorban apa saja demi kecintaannya.  Ia rela bercinta dengan sesiapa dan apa-apa sahaja,  jika cinta itu kerana dan untuk Allah.  Dan ia rela berpisah dan bermusuh dengan sesiapa sahaja yang menghalang cintanya kepada Allah.  Dia juga rela bersaudara dengan sesiapa sahaja kerana cinta Allah. 

Jadi tintedhijau ingin berkongsi beberapa cerita yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.  Dalam perang Badar misalnya, Sayidina Abu Bakar r.a. berada di pihak tentera Islam tetapi anaknya yang belum Islam berada di pihak musuh.  Dalam perang itu, anaknya selalu mengelak daripada bertembung dengan bapanya (Abu Bakar).

Bertahun-tahun selepas perang Badar, anak Abu Bakar memeluk Islam dan meluahkan isi hatinya:  “Ayah, dalam peperangan Badar dahulu anakanda mengelak diri daripada bertarung dengan ayah.  Anakanda sangat sayang ayah walaupun kita berbeza keyakinan.”  Namun, apa jawapan Sayidina Abu Bakar?  Beliau berkata:  “Demi Allah, jika ayah bertemu kamu waktu itu, nescaya ayah tidak teragak-agak memancung kepalamu!”

Cinta Allah juga dapat mengeratkan hubungan dua insan yang pada mulanya bermusuhan.  Umar al-Khattab misalnya pernah berkata tentang Umair bin Wahab (Umair datang ke Madinah untuk membunuh Rasulullah s.a.w.):  “Babi lebih aku sukai daripada Umair bin Wahab.”  Namun, setelah Umair insaf dan mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah s.a.w., Umar al-Khattab berkata:  “…tetapi saat ini aku lebih suka Umair daripada anak-anakku sendiri.”

Ingatlah saudaraku sekalian, Islam tidak akan bangun sekiranya tidak ada cinta seumpama itu.  Cinta Allah menyatukan dua pihak yang saling mencintai-Nya!  Ia dapat mempersaudarakan antara dua buah Negara yang bersengketa,  antara dua puak yang bertelagah, dan antara dua insan yang bermusuhan.  Orang yang paling intim dengan Allah, sewajarnya juga paling intim dengan manusia.  Inilah mesej tintedhijau kali ini,  menyeru kepada cinta Allah untuk memantapkan cinta sesama manusia kerana apabila rapuh iman akan runtuh perpaduan!

NOTA:  UNTUK BERSATU UMAT ISLAM MESTI KEMBALI KEPADA YAHG SATU (ALLAH).  HANYA DI SITU KITA AKAN BERTEMU DENGAN TUJUAN DAN JALAN YANG TEPAT DAN JELAS KE ARAH PERPADUAN.  INGATLAH, SIAPA YANG MENCARI KEBENARAN PASTI BERTEMU KEBAHAGIAAN.

Saturday 29 October 2011

PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN MELAYU

KISAH BENAR!!!


Salleh Omar yang sudah kembali ke pangkal jalan telah memberi penerangan terperinci bertujuan untuk menyedarkan umat Islam tetang kristianisasi di Malaysia.
;
Warkah ini ditujukan khas kepada semua orang Melayu yang beragama Islam. Teliti dan hayati bagaimana pengakuan seorang Melayu yang terjebak dengan Kristian dan akhirnya bertaubat. Alhamdulillah!

Untuk itu, tolong sebarkan cerita yang agak trajis ini kepada rakan-rakan Islam, jika anda prihatin terhadap agama, bangsa dan negara Malaysia yang kita cintai. Mahu atau tidak mahu, isu ini adalah tanggungjawab bersama semua Melayu yang beragama Islam sebelum ‘nasi menjadi bubur’. Nauzubillah!

Ikutilah kisahnya dari sumber emel yang diterima - Nama Melayu Salleh Omar manakala nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5 Mei 1940. Bapa saya India Muslim, manakala ibu adalah asal dari Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Pondok Kampung Pisang, Kedah.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari pekerjaan bersama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Ketika itu, saya bertemu seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama dua tahun. Kami kemudian diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada 1974, saya bertemu seorang paderi besar di Malaysia dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing yang dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang). Setelah setahun saya di sana, saya kemudian dihantar ke Indonesia selama enam bulan untuk belajar cara-cara sembahyang orang mati, talkinkan dan macam-macam lagi dalam bahasa Malaysia.

Menariknya, saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Selepas pulang ke Malaysia, saya dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama sebulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60 sehari, kenderaan percuma bersama enam orang. Selepas itu, saya ke Singapura selama sebulan di Port Carzy bersama Aziz orang Telok Intan, Perak. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausaha agong Kristian Singapura. apabila dilantik ke gereja, saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya kemudian dihantar ke Baptish Church di Ipoh dengan dibekalkan duit RM1,400 bersama dua orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar dan pemuda di Perak. Pada Januari, saya berasa tidak tenteram dan telah bertemu Kadi daerah Ipoh, Tuan Ibrahim dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan Pengarah Jabatan Agama, Azlan dan saya terus bertaubat.

Seramai 3,000 orang telah dikristiankan terutama penduduk Perak dan Johor Bahru. Cara hendak mengenali mereka - Lelaki berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun sehari RM60). Perempuan berbaju putih skirt hitam dan reben hitam.

Di Kuala Lumpur, tumpuan adalah di Daya Bumi, Kota Raya dan Sungai Wang Plaza. Cara berdakwah dengan menemubual, terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah minum selama seminggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam mahu menutup telinga. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta dalah sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Di Senawang, mereka yang terlibat berjumlah 200 orang. Ketuanya adalah Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail, orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru dan disebabkan desakan hidup, ia terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya Ismail Rahim. Dua puluh orang telah dikristiankan. Mereka ini susah diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh, Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR) - dua orang dari sekolah teknik dan seorang pelajar perempuan telah bertaubat. Bila saya tanya, dia kata sekadar untuk main-main dan akhirnya dia bertaubat. Alhamdulillah!
Seorang lagi, Salasiah Sidek dari Sekolah Tengku Khursiah, Seremban. Balik ke Nibong Tebal, dia terbabit dalam kemalangan jalan raya. Di dalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam kristian kerana desakan hidup dan cetek agama.

Beliau berjaya menarik 300 hingga 400 orang kepada Kristian. Beliau sudah bertaubat dan sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Kitingan adalah penaung dan saya sebagai timbalan padri. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat tiga hari saya hantar enam orang pendakwah. Tidak sampai sebulan 400 orang masuk Kristian di Melaka.

Target kristian adalah pemuda yang tidak faham agama dan ada yang tidak tahu Fatihah. Cara masuk Kristian, mereka hanya perlu dua keping gambat dan duit setem RM7 dan pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar.

Atas kesedaran ini, Salleh Omar yang sudah kembali ke pangkal jalan telah memberi penerangan terperinci kepada Polis Bukit Aman dan Pusat Islam dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam bahawa gejala kristianisasi sangat aktif di Malaysia dan umat Islam harus bersatu atas tiket ISLAM dalam usaha memerangi pemurtadan.

NOTA: HARAP SAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA. SEBARKAN WALAU SATU AYAT PUN SEPERTI DI BAWAH:
Sabda Rasulullah SAW: 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar'.
Surah Al-Ahzab:71: Demi kebaikan kita bersama untuk suami, isteri, anak-anak, kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai dan generasi akan datang yang kita sayangi,  'Agungkanlah dan laungkanlah 'ALLAH HU AKBAR'...... maha suci Allah.

Friday 28 October 2011

AUDIT DEDAH BAGAIMANA RAKYAT KENA PERAS

Laporan Ketua Audit Negara 2010 memperlihatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim berjaya mengumpulkan banyak duit berbanding sewaktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

Betul ke atau retorik? Di sini SUARA 3.0 mahu memperlihatkan bagaimana kerajaan negeri memperbodohkan rakyat Selangor. Kesian rakyat Selangor. Baca paparan di bawah dengan teliti dan berfikirlah secara bijaksana agar kita semua tidak terjebak dengan janji-janji manis ‘pak sheikh’ dan konco-konconya itu.  

Untuk itu SUARA 3.0 mahu berkongsi dengan masyarakat berhubung laporan berkenan dalam ‘penyata kewangan kerajaan negeri dan pengurusan kewangan jabatan/agensi negeri selangor 2010’ yang terdapat pada muka surat 38.

4.8.1.9 Analisis Audit memperlihatkan baki tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut pada 2006 sehingga 2010, mencatatkan trend menurun secara beransur-ansur. Baki tunggakan bayaran balik pinjaman menurun dari RM306.14 juta pada 2006 menjadi RM113.06 juta pada 2009. Pada 2010 pula, tunggakan bayaran balik pinjaman meningkat RM20.68 juta menjadi RM133.74 juta daripada jumlah 2009. Ini kerana peningkatan RM3.59 juta bagi Badan Berkanun Negeri, RM70,000 bagi PBT dan RM17.02 juta bagi Badan-Badan lain.

4.8.1.10 Analisis perbandingan antara jumlah baki Pinjaman Boleh Ditutut dan baki tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut pada 2010 mendapati pencapaian pembayaran Pinjaman Boleh dituntut pada tahun berkenaan adalah kurang memuaskan. Ini disebabkan Baki Pinjaman Boleh dituntut meningkat RM18.38 juta dan baki tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut turut mencatatkan peningkatan RM20.68 juta.

Oleh itu, rakyat negeri ini boleh menilai mengenai kenaikan Cukai Taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor pada muka surat 84 laporan audit itu.

10.5.2. Analisis Tunggakan Cukai Taksiran PBT. Pada keseluruhannya, lapan daripada 12 PBT negeri mengemukakan Penyata Kewangan 2008 telah mengalami peningkatan tunggakan cukai taksiran antara 3.5 peratus hingga 25.8 peratus berbanding 2008. Bagaimanapun, empat PBT mampu mengurangkan tunggakan cukai taksiran pada 2009 antara 0.2 peratus hingga 18.5 peratus.

Intipati daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu menunjukkan trend meningkat hasil Kerajaan Negeri selain pemilikan wang tunai yang banyak. Bagaimanapun, cara mereka memperolehinya, sebenarnya dengan cara memeras rakyat secara berhemah.
Untuk itu, kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim pasti tersenyum kambing dan bangga dengan peningkatan hasil mereka menerusi ‘pemerasan’ pembayaran cukai dan hasil lain yang membabitkan rakyat Selangor.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu memang nampak bagus, tetapi hakikatnya rakyat Selangor menderita kerana diperas secara tidak sedar. Pemaksaan pembayaran cukai bagi mendapatkan lebih banyak hasil untuk Selangor itu mirip sistem kapitalis yang tidak  berperikemanusiaan.

Kebenaran ini dapat dilihat pada peningkatan Hasil Cukai 2010 iaitu RM517.74 juta berbanding pada zaman BN dipimpin Khir Toyo berjumlah RM446.05 juta. Begitu juga Hasil Bukan Cukai yang memungut RM674.06 juta berbanding zaman Khir Toyo RM559.82. Sementara, Terimaan Bukan Hasil pula turut meningkat kepada RM379.70 juta berbanding zaman Khir Toyo RM279.23 juta.

Keadaan ini sudah tentu Khalid dan konco-konconya dalam Pakatan Rakyat bangga gila kerana mereka telah mentadbir secara cekap, bersih, telus dan tidak rasuah. Bangkitlah rakyat Selangor dan cukuplah ditipu oleh permainan licik mereka.

Mereka boleh kata apa sahaja berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara itu, namun  apa yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya iaitu Peningkatan Kadar Cukai, sekali gus mengurangkan perbelanjaan bagi faedah rakyat. Itulah hebatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipelopori dua anak Brahim (Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim).

Justeru, pembohongan tentang KEBAJIKAN RAKYAT yang dijaja selama ini hanya retorik untuk menyedapkan halwa telinga dengan harapan rakyat akan melupakan peningkatan cukai yang sedang mereka tanggung, terutama menerusi pelbagai program yang hanya pada nama, tetapi tidak pernah dipraktikkan Kerajaan Selangor.

NOTA: Rakyat tidak sebodoh yang disangka oleh kerajaan PR Selangor. Semoga paparan demi paparan ini dapat mengubah hati dan fikiran rakyat Selangor agar tidak membuat pilihan SALAH pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ancaman Masionary Kristian di Malaysia


Freemason adalah pertubuhan sesat yang menguasai dunia dengan menyembah syaitan (Lucifer). Simbol mereka ialah mata satu, jika anda peka lihatlah sekeliling kita, sama ada kebetulan atau tidak, anda renungkan sendiri, seribu satu maklumat berkenaan gerakan sesat lagi menyesatkan freemason ada di internet. Ini pautan gambar di atas http://www.informasikini.com/pkr-freemasonry/


Umat islam yang berada di wilayah Peradaban Melayu seharusnya belajar dari sejarah umat-umat terdahulu, terutamanya daripda sejarah agama Kristian di Eropah.  Agama Kristian boleh dikatakan sebagai salah satu “korban” Westernisasi dan peradaban Barat.  Akibat liberalisasi dan sekularisasi di Barat, agama Kristian telah menjadi mangsa.  Anehnya, setelah tidak berkembang di Barat, agama Kristian ini telah dieksport ke negara-negara Islam.

Padahal, di negara-negara Barat, agama Kristian sudah tinggal nama dan tidak menjadi pedoman hidup masyarakat di sana.  Bahkan masyarakat Barat sudah banyak yang secara terbuka menyatakan dirinya tidak beragama atau atheis atau agnostis.

Fenomena Kristian Eropah menunjukkan, agama Kristian kalah dalam menghadapi serangan arus budaya Barat yang didominasi nilai-nilai liberalisme, sekularisme dan hedonisme.  Serangan amalan mistik juga tidak mampu dibendung.  Di beberapa geraja, arus liberalisasi menyerang dengan kuat.  Misalnya, geraja mulai menerima amalan-amalan homoseksual.  Eric James, seorang pegawai gereja Inggeris, dalam bukunya berjudul Homosexuality and a Pastoral Church menyarankan agar gereja memberikan toleransi pada kehidupan homoseksual dan mengizinkan perkahwinan homoseksual antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita.

Hal yang sama kini melanda masyarakat Muslim.  Masyarakat lebih hormat kepada pemimpin Kristian daripada Ulama.  Rata-rata umat Islam sangat menghormati selebriti dan pemain olahraga dibandingkan kaum intelektual. Perkara ini seumpama apa yang digambarkan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya.

            Akan datang suatu zaman ketika tidak ada apa-apa lagi dari Islam, kecuali tinggal namanya saja, tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali tinggal tulisannya saja, masjid-masjid mereka megah, tetapi jauh dari petunjuk Allah, Ulama-ulama mereka menjadi manusia-manusia yang paling jahat yang hidup di bawah langit, dari mulut mereka keluar fitnah dan akan kembali kepada mereka.                              
(Hadis riwayat Baihaqi)

Kerosakan-kerosakan yang terjadi pada masyarakat Kristian di Barat itu telah dan sedang dieksport secara langsung kepada masyarakat Muslim.  Di wilayah Peradaban Melayu boleh disaksikan kerosakan akhlak masyarakat yang semakin parah.  Perjudian, pornografi, pelacuran, minuman keras dan aktiviti free sex dianggap hal biasa oleh masyarakat, bahkan didukung oleh tokoh-tokoh masyrakat.

INI BUKAN PHOTOSHOP. Dari kiri:  Jurgen D. Wickert (Pengarah Dialog Politik Antarabangsa, Yayasan Kristian Jerman, Friedrich Naumann Foundation), Hans Van Baalen (Presiden Liberal International), Anwar Ibrahim (Pejuang Liberal Malaysia) dan Alexander Graf Lambsdorff (Presiden European Liberal Forum) – apa muslihat Anwar Ibrahim? Adakah beliau fikir kesan Liberalisme? Atau hanya untuk kepentingan peribadi dan politik beliau?
Berkembangnya sekularisasi-liberalisasi di dunia Islam dengan bebas melalui buku, jurnal, televisyen, radio, media internet dan sebagainya.  Akan tetapi, yang diserang oleh Kelompok Islam Liberal (yang didokong oleh puak Kristian) bukan hanya aqidah dan syariat Islam, tetapi juga Al-Quran.  Kelompok ini memiliki program untuk menerbitkan Al-Quran edisi Kristian, kerana Al-Quran yang ada sekarang, iaitu Mushaf Uthmani, dianggap masih perlu diragui kesahihannya.

Bagi para misionari Kristian, mengkristiankan kaum Muslim adalah satu kewajipan.  Dalam laporan tentang “Centenary Conference on the Protestant Missions of the World” di London tahun 1888, tercatat ucapan Dr. George F. Post:

            “we must meet pan-Islamism with pan-Evangelism.  It is a fight for life...we must go into Arabia, we must go into the Soudan, we must go into Central Asia, and we must Christianize these people or they will march over their deserts, and they will sweep life a fire that shall devour our Christianity and destroy it”.
Di Malaysia telah tercatat secara sah dalam Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan.  Maka dalam penyebaran dakyah Kristian mungkin mereka menggunakan beberapa modes operandi baru antaranya seperti berikut:-

      i.        Menyalahgunakan konsep 1Malaysia berasaskan tafsiran pluralisme agama, bukannya berasaskan semangat keadilan yang termaktub dalam Perlembagaan.

ü Perkara 3(1) Islam adalah agama Persekutuan, ini menafikan konsep kesamarataan dalam fahaman pluralisme agama.

    ii.   Mengesploitasi konsep hak asasi manusia yang termasuk di dalamnya hak kebebasan beragama seperti yang dianjurkan oleh Barat dan bukan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

ü  Kebebasan beragama mengikut Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB 1948 adalah meliputi hak untuk menganut apa jua agama dan kepercayaan, menukar agama dan kepercayaan atau mendakyahkan kepada pihak lain.
ü  Perkara 11(4).  Agama lain tidak boleh didakyahkan kepada penganut Islam.




Thursday 27 October 2011

80% ORANG CINA KRISTIAN, MELAYU APA CERITA?

Biskop Ng Moon Hing, Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mengecam Kerajaan Malaysia atas layanan ke atas kitab injil Bahasa Melayu sebagai ‘penerbitan subversif’.  Kalau dah bahasa Melayu untuk sapa lagi kalau bukan orang Melayu.

Suara 3.0 terkejut bahawa 7.5 juta orang cina di Malaysia beragama Kristian.  Ini tidak termasuk cina doll, ahli kongsi gelap yang telah mula menyusup ke Malaysia secara senyap dan licik.  Mengikut maklumat diperolehi Suara 3.0, hanya 20 peratus baki orang cina yang masih berpegang kuat kepada agama asal mereka iaitu Buddha.  Majoriti mereka adalah warga tua yang berumur 60 tahun ke atas.

Gerakan kristianisasi dalam masyarakat cina sudah berjaya.  Jadi Suara 3.0 tidak terkejut jika gerakan Kristianisasi di Malaysia dipelopori oleh orang cina.  Agenda mereka ini menjadikan orang Melayu sebagai sasaran mereka bagi merealisasikan syiar Kristian di Asia Tenggara berjaya.  Mereka bertambah yakin ekoran kejayaan gerakan kristianisasi di Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. 

Untuk maklumat umat Islam, Suara 3.0 tidak berniat menyiarkan sumber-sumber yang diperolehi tentang gerakan Kristianisasi di Malaysia ini.  Tapi kami bertanggungjawab kepada saudara sekalian untuk menyedarkan hakikat sebenar apa yang berlaku.  Saudara sekalian harus berfikir dan membuat sedikit kajian akan kebenaran ini.  Ingat, gerakan ini berselindung di sebalik PARTI POLITIK!

Atas nama politik, orang islam telah dipergunakan dalam aktiviti ibadah mereka seperti memperingati kematian.  Orang kafir bebas keluar masuk masjid dan surau atas nama kebebasan.  Astaghafirullah!!!
Suara 3.0 sangat khuatir akan fenomena ini, kerana segala isu untuk menyedarkan orang  Islam telah dimanipulasi oleh parti politik yang dahagakan kuasa.  Adalah sangat malang kerana ada parti politik ini berjuang atas nama ISLAM. Parti politik ini seharusnya lebih ke hadapan dalam memperjuangkan nasib agama Islam dan bangsa Melayu.  Cerita gerakan Kristianisasi dilihat sebagai umpan politik oleh musuh politik mereka.  Apa sahaja tentang orang islam dan bangsa Melayu akan dimanipulasi.  Terus terang, ‘culture’ politik tanah air sudah ROSAK!!! 
bersambung . . .

NOTA:  1.3 PERATUS ORANG MELAYU SUDAH KRISTIAN, TIDAK TERMASUK MEREKA YANG BERPEGANG KEPADA RUKUN IMAN DAN ISLAM, YANG TIDAK SOLAT, YANG RASUAH, YANG TAK AMANAH, YANG TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH DAN LAIN-LAIN... MEREKA INI ADALAH SASARAN SYAITAN YANG BETOPENGKAN MANUSIA DALAM GERAKAN KRISTIANISASI.  FIKIRLAH!!! 

DUMC DAN PELAN STRATEGI 5 TAHUN

 Berikut SUARA 3.0 paparkan kepada umat islam Info mengenai DUMC Untuk renungan kita bersama.

1.0 PENGENALAN

Damansara Utama Methodist Church (DUMC) adalah sebuah Gereja Sel. Gereja Sel adalah satu bentuk gerakan baru atau di luar tradisional kehidupan gereja. Kumpulan–kumpulan Kristian yang kecil (Sel) bertemu dalam cara khusus di rumah masing-masing untuk membina ikatan kesatuan gerak kerja Kristianisasi dan Penginjilan. Ia adalah sebuah gereja yang mentakrifkan Sel sebagai blok binaan asas kehidupan gereja.

Gereja Sel yang dibina di atas prinsip bahawa semua orang Kristian adalah menteri-menteri dan kerja-kerja kementerian harus dilakukan setiap Kristian. Menurut Efesus 4:11-16, Tuhan telah menyediakan rasul, nadi, penginjil, pastor dan guru-guru untuk penyediakan umat Tuhan kerja-kerja perkhidmatan. Gerakan gereja seperti itu tidak dibina di sekitar pemasangan semua ahli-ahlinya, tetapi kelompok orang-orang yang beriman dalam ‘komuniti Asas Kristian’ atau ‘Kumpulan Sel’.

Tiap-tiap orang yang beriman dilengkapi untuk melakukan kerja-kerja kementerian melalui Sel. Sel-sel ini mungkin kelompok untuk kawasan aktiviti-aktiviti ‘Jemaah’, juga pemasangan serantau untuk ‘Perayaan’. Kehidupan gereja berada dalam Sel tersebut, bukan dalam bangunan. Walaupun mempunyai acara-acara ibadah mingguan, tumpuan utama adalah sentiasa pada Sel.

KENYATAAN FALSAFAH KEMENTERIAN

Sel-sel (CG) menjadi blok binaan asas (atau komuniti) bagi semua kementerian Gereja. Jemaah gereja terbentuk daripada sel-sel dan jumlah keseluruhan sel tersebut. CGs tidak pernah berkembang lebih besar daripada 15 orang dan berganda apabila mencapai angka itu. Tiada aktiviti lain wujud bersaing dengan sel. Semua dalam jemaah gereja adalah lanjutan daripada mereka dan mengalir dari gabungan kekuatan mereka. Falsafah kami mengenai kementerian adalah mengikut Efesus 4:11-16, yang pada dasarnya memerlukan semua ahli-ahli atau hamba dalam kementerian kemajuan rohani (ke dalam) dan penginjilan (keluar), iaitu kerja-kerja kementerian.

1.1 VISI, MISI dan STRATEGI
  • VISI - Membina Masyarakat Tuhan dan Membuat Dikenali Kemuliaan-Nya. 
MISI:
  • Untuk menginjilkan Lembah Klang dan menghantar pendakwah kepada kumpulan orang yang tidak dicapai ke seluruh dunia.
  •   Menjadikan setiap murid beriman menjadi matang dalam Kristus dan berkesan dalam perkhidmatan Tuhan.
  • Untuk menubuhkan khidmat masyarakat di Malaysia serta membawa kasih sayang dan keadilan Tuhan kepada masyarakat miskin.

STRATEGI:
  • Komitmen untuk mengajar firman Tuhan dan ibadah korporat yang dinamik.
  • Komitmen untuk doa dan syafaat yang setia dan berkesan.
  •  Komitmen untuk gereja sel dan membantu dan/atau menanam gereja-gereja sel yang lain.
  • Komitmen kepada gaya hidup, tahap sel dan penginjilan gereja-luas.
  •  Membangunkan orang untuk kepimpinan dan kementerian melalui program lengkap berkesan.
  • Membangunkan projek khidmat  masyarakat yang menyeluruh.
  • Melengkapkan dan menyokong pasukan misi dan mubaligh untuk bidang misi.
  • Memberi pengorbanan ke arah kerja-kerja Tuhan.


1.2 NILAI TERAS
  • Melaksanakan ibadah dalam kegembiraan dan kesyukuran.
  •  Masyakarat yang disambungkan rahmat dan kesolehan.
  • Menyemarak kesucian melalui firman dan doa.
  • Keluarga yang padu melalui kebenaran dan kesetiaan.
  •  Penginjilan berangkai melalui kasih sayang dan kebaikan hati.
  • Perkhidmatan penyayang harapan dan penyembuhan.
  • Misi dunia yang berani dengan memperkasakan roh.


1.3 MATLAMAT 2011


1.3.1 Syafaat dan Sembahyang Kementerian
  • Untuk meningkatkan 200 orang syafaat dalam memberi pertolongan dan untu sokongan doa syafaat dan perkongsian kepada semua kementerian, misi, gereja di seluruh acara dan perayaan hujung minggu.
  • Mempunyai 50 graduan baru untuk DUMC Prayer Track.
  • Mempunyai 25 pasukan doa baru dalam senarai sembahyang 24/7.


1.3.2 Penginjilan
  • 1215 orang mengetahui Kristus dan ini akan diserapkan ke dalam sel.
  •  Untuk melengkapkan semua anggota sel dalam pengijilan peribadi.


1.3.3 Sekolah Kepimpinan (School of Leadership – SOL)

  • Mempunyai 1000 graduan baru untuk SOL Level 1.
  •  Mempunyai 200 graduan baru untuk SOL Level 2.
  •  Mempunyai 50 graduan baru untuk SOL Level 3.


1.3.4 Perkhidmatan Komuniti Cemerlang (Community Excel Services – CES)
  • Merangka pelan strategic 3 tahun untuk CES kerana ia disepadukan ke dalam pelan gereja untuk perubahan masyarakat.
  •  Memanjangkan khidmat masyarakat semasa yang ditawarkan kepada kanak-kanak dan remaja berisiko untuk menyediakan perkhidmatan alternative yang akan membangkitkan mereka semula untuk menyumbangkan kepada masyarakat.
  •  Memberi sumber dan dating bersama-sama dengan kumpulan sel dan zon untuk menyediakan saluran bagi kementerian, perkhidmatan dan jangkauan.
  •  Menyambung dan menghubungkan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), masyarakat dan gereja lain untuk berkhidmat kepada orang-orang miskin dan terpinggir.

1.3.5 Misi
  • Melatih 100 calon MCPP-1 dan 20 calon MCPP-2.
  • Menghantar 4 graduan MCPP-2 untuk Misi Latihan Intensif (Mission Intensive Training– MIT).
  • Menaikkan 2 calon MCPP-3.
  • Menghantar pasukan misi tetap jangka pendek bagi Kemboja, China, Myanmar, Nepal, Sarawak dan Orang Asli Malaysia Barat.
  • Menghantar mubaligh silang budaya merangkumi 2 kerjaya dan 6 pembuat khemah.
  • Menganjurkan 2 misi pada hujung minggu.

1.3.6  Komitmen Peribadi
  • Menggunakan kelebihan rohani di dalam sel untuk membina kumpulan menyampaikan kepada orang lain.
  • Penglibatan diri dalam doa dan syafaat serius, secara individual mahupun kelompok
  • Memberi sedekah/pengorbanan kewangan.
  • Luangkan masa untuk perkhidmatan sepenuh masa (jangka pendek atau panjang).

1.4 STRATEGI PERUBAHAN (2011-2015)






SUARA 3.0 berharap agar umat Islam dapat melihat perkara ini dari sudut positif iaitu bagaimana komitednya gereja sampai ada pelan strategik. Malangnya,perkara seumpama ini tidak kita temui pada mana-mana masjid yang kita banggakan. Itulah nasib Islam di bumi Islam.

Masjid-masjid kita paling canggih pun khutbah pakai power point. Dulu Pas kata Umno kawal masjid sampai menyekat aktitiviti masjid tetapi apabila mereka pegang Selangor, mereka juga ‘lebih sudu daripada kuah’ – 2 kali 5, 5 kali 2 - sama sahaja.
Duit masjid banyak dalam bank tapi tidak digunakan pun untuk bantu orang-orang yang memerlukan. Apa yang kita lihat ceramah-ceramah politik menggantikan kelas fardhu ain.

Justeru, masjid perlu membuka mata tentang apa yang berlaku di DUMC. Cuba perkukuhkan kembali institusi masjid terlebih dahulu sebelum salahkan 100 peratus kepada pihak lawan. Daripada sibuk rebut jawatan untuk menguasai masjid, ada baiknya buat pelan strategik untuk masjid. Apalah nak jadi dengan umat Islam?
Apapun gerakan Kristianisasi kepada orang Melayu memangnya wujud. Namun, apa yang berlaku di DUMC adalah satu aktiviti disyaki sebagai program untuk menyebarkan dakyah kepada orang Islam.
Paling sedih, Pas lebih tahu apa sebenarnya berlaku kerana mereka sanggup menghantar peguam mereka untuk mengendalikan kes ini. Apa yang kita harapkan dari Pas adalah penjelasan dan bukannya menuduh Umno sebagai dalang. Lagi lama Pas simpan hakikat kebenaran yang berlaku di DUMC, makin teruk prasangka orang ramai terhadap aktiviti itu.

NOTA: Pas perlu jelaskan isu ini dan bukan berdalih. Satu lagi, MB Selangor, Khalid Ibrahim agaknya dah  bengong pasal selalu ikut telunjuk DAP dan dia pula ambil enteng pasal DUMC yang binaannya pun HARAM. Inilah MELAYU yang mudah lupa. 

Cerita Sebalik HIMPUN part 1



Kami dedahkan perkara yang tidak diketahui ramai tentang HIMPUN

GERAKAN HIMPUN

HIMPUN mampu bergerak sebagai bebas politik bukan kerana tiada penglibatan politik, tetapi kerana mendapat sokongan dari kedua-dua belah pihak.
a.    PAS & UMNO telah menyatakan sokongan pada awalnya tetapi kemudiannya apabila PAS menarik diri atas alasan yang diberi, UMNO juga membuat ketetapan untuk tidak menghantar orang-orangnya bagi mengelakkan HIMPUN menjadi pentas politik mereka.
b.    Walaubagaimanapun, masih terdapat individu yang berjawatan dari kedua belah pihak yang hadir atas kapasiti individu, dan kedua belah pihak juga tidak menghalang mana-mana penyokong mereka untuk menghadirinya. (kecuali PAS yang melarang ahlinya pada saat akhir).
c.    PKR, sejak dari awal yang meragui dan mengesyaki tujuan HIMPUN tanpa mendapatkan penjelasan, tidak bersama-sama malah cuba menghalang dan menggagalkan HIMPUN.
 
KOMPOSISI HIMPUN

Semua jawatankuasa induk HIMPUN, adalah aktivis NGO.
d.    Jawatankuasa yang kelihatan cenderung kepada mana-mana parti politik, atau mempunyai jawatan dalam parti politik TIDAK DIBENARKAN menjadi jawatankuasa, tetapi dibenarkan menyertai mesyuarat sebagai tanda menghormati mereka.
e.    Mana-mana jawatankuasa yang dilihat cuba untuk mengkedepankan agenda selain dari agenda HIMPUN akan diperingatkan dan sekiranya berulang boleh diketepikan bagi menjaga hasrat dan tujuan asal HIMPUN.

MEDIA

HIMPUN mendapat kerjasama dari hampir semua media perdana, dan mendapat promosi meluas dari media maya
f.        Media perdana tidak membenarkan HIMPUN untuk dipromosikan melalui saluran mereka, tetapi setelah mendapat penerangan dan juga mendapat permit polis, jawatankuasa HIMPUN berjaya meyakinkan mereka.
g.      Media juga membolehkan HIMPUN mendapat liputan dan kecapaian yang meluas, sehingga pemimpin tertinggi negara dan parti politik juga mengambil tahu tentang perkembangan HIMPUN.
h.      Hampir semua media perdana melaporkan sesuatu yang positif, TERMASUK media berbahasa cina dan inggeris. Liputan media yang positif mustahil dapat diperoleh jika bertukar ganas atau terdapat insiden yang tidak diingini.
i.        Media maya menjadi medan tempur dari pihak yang bermati-matian mengutuk, mencerca dan menyindir sekretariat HIMPUN untuk menggagalkannya, dan mereka ini tersenyum puas dengan hasil mereka, tetapi mereka ini lupa bahawa solidariti yang dibentuk ini akan berterusan.

JANJI-JANJI PALSU

Banyak pihak yang berjanji kepada sekretariat HIMPUN untuk menyumbang, tetapi sehingga ke penghujung, malah setelah selesai HIMPUN, janji tinggal janji. Tetapi yang nyata sekretariat HIMPUN terus berusaha walaupun tanpa sumber kewangan yang nyata,
a.    Tokoh Korporat yang menjajikan bantuan kewangan beratus ribu menghilangkan diri bila tarikh semakin hampir.
b.    Pihak individu yang berjanji menyumbang hanya mampu memberikan sebahagian kecil dari janji awal mereka.
c.    Ketidaktentuan status kewangan ini membawa masalah besar kepada penganjur terutama dari segi logistik dan komitmen yang telah dibuat kepada pembekal-pembekal.
d.    Alhamdulillah, akhirnya tampil juga satu pihak TIDAK DINAMAKAN yang menyumbang sejumlah besar keperluan kewangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

KEHADIRAN

HIMPUN dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat ISLAM, tanpa mengira fahaman parti, umur atau jantina. Perkara yang boleh diambil perhatian :
a.    70% kehadiran adalah dari golongan belia (berumur 40 tahun kebawah)
b.    Terdapat ramai yang membawa keluarga dalam perhimpunan ini
c.    Terdapat pelbagai NGO Islam yang tidak tersenarai dalam HIMPUN turut menjalankan aktiviti mereka tanpa sebarang gangguan

Wednesday 26 October 2011

JOM, BERI SOKONGAN PADU ‘HIMPUN 2’ DI MELAKA

Memohon kepada Tuhan, agar kita dapat bersama dalam satu saf berjuang untuk agama dan bangsa. Bersatu kita teguh, bulat air kerana pembetung.

Alhamdulillah! Program Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam baru-baru ini berjaya diadakan dalam suasana aman dan harmoni. Ceramah oleh 13 individu NGO langsung tidak sentuh soal politik, sebaliknya fokus kepada soal aqidah, kesatuan umat dan perlunya kita bersatu memerangi gejala murtad.

Di peringkat awal, pelbagai pihak mengecam HIMPUN termasuk ada pihak sekretariat diugut supaya membatalkan perhimpunan itu. Semuanya itu adalah cubaan untuk menggagalkan HIMPUN. Namun, desakan itu ternyata gagal untuk melemahkan penganjur HIMPUN.

Hasrat jahat mereka adalah untuk memberikan gambaran tidak baik terhadap HIMPUN. Lihat sahaja di segi kehadiran peserta. Mereka buat telahan yang pelbagai. Ada kata 3,000, ada yang kata 5,000 dan ada pula kata 10,000. Apapun, pihak stadium yang lebih arif mengatakan kehadiran peserta adalah sekitar 25,000 kerana peserta kerap keluar masuk sehingga jam 5.30 petang.

Apapun angka yang mahu disebutkan atau tohmahan dilemparkan oleh pihak yang cemburu terhadap HIUMPUN, ia tidak menjadi ‘kudis’. Apa yang penting HIMPUN juga berjaya menarik puluhan pemberita dan rangkaian TV sama ada dari dalam dan luar negara termasuk CNN, BBC, Al Jazera dan lain-lain.

Apa yang penting berita dan mesej HIMPUN tersiar di semua akhbar dan ia akan terus tersiar selepas ini kerana pihak penganjur sudah merancang untuk mengadakan Siri Jelajah HIMPUN ke negeri-negeri lain selepas ini.

Jelas, kepada yang menuduh HIMPUN akan memecah belah rakyat atau akan menimbulkan kekecohan, terbukti tuduhan jahat itu tidak berasas sama sekali. Sebaliknya HIMPUN berlangsung aman, harmoni, semangat ukhuwwah dan penuh emosi sehingga ada yang menitiskan air mata ketika ‘zikir munajat’ dibacakan pada akhir majlis perhimpunan bersejarah itu.

Ini menunjukkan betapa umat islam sedar bahawa mereka perlu bersatu selamatkan aqidah.

Kehadiran pelbagai NGO, wakil-wakil Umno dan Pas yang datang sebagai seorang MUSLIM memperjelaskan bahawa HIMPUN bukan wadah politik tetapi agenda nasional ‘ummah’ terhadap bukan Islam dengan mesej jelas ‘jangan gugat Islam’.

Hakikatnya, HIMPUN telah mencipta sejarah baru berbanding ‘perhimpunan jalanan’ atau lebih tepat ‘perhimpunan jalang’ anjuran pembangkang yang bermotifkan untuk menggugat keharmonian dan ketenteraman awam. Syabas HIMPUN!

Mungkin ini baru langkah permulaan dan diharap usaha murni ini akan diteruskan pada masa akan datang, agar ia dapat menarik lebih ramai lagi orang Islam untuk menyertainya sebagai tanda sokongan bagi menyelamatkan akidah umat Islam.

Walaupun jumlah hadirin untuk pusingan kali pertama ini tidak mencapai sasaran dari segi jumlah kehadiran, namun kita yakin dan percaya segala amanat dan pesanan yang disampaikan, pasti meresap ke sanubari setiap orang Islam yang hadir atau yang mengikutinya dari jauh.

Semoga siri jelajah ‘HIMPUN 2’ yang dirancang di Melaka November depan dapat dibuat  lebih rapi terutama dari segi pengurusan. Ini kerana masih ramai lagi umat Islam yang ingin hadir diperhimpunan berkenaan, tapi disebabkan faktor jarak atau pertindihan jadual kerja, mereka terpaksa membuat pilihan tidak menyertainya dengan perasaan berbelah bagi.

Untuk menjadikan HIMPUN dapat menambat lebih ramai peserta, ada baiknya penganjur mengubah cara pendekatannya dalam bentuk ‘forum’ iaitu ala-ala Forum Perdana. Ini mungkin dapat memberi impak yang lebih besar dan seterusnya dapat mengajak umat Islam datang beramai-ramai dalam usaha murni kita memerangi gejala murtad.

NOTA: HIMPUN tidak harus mati setakat di Stadium Shah Alam. Kesinambungannya wajib diteruskan dalam bentuk ‘Siri Jelajah’ selain mencapai sasaran 1 juta umat dan paling murni menyatukan perpaduan ummah umat Islam di negara ini.