Sunday 23 October 2011

10 DEKLARASI PERTAHAN AKIDAH


SHAH ALAM, SABTU - Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) mencapai kesepakatan mengemukakan 10 deklarasi seperti berikut:
·         Menyeru semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadiran Islam di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.
·         Kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri mesti memastikan bahawa sensitiviti tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam perlu dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
·         Menuntut kerajaan dalam memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), perlu memastikan supaya undang-undang pencegahan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.
·         Menuntut kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
·         Menuntut sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tiada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.
·         Meminta kerajaan mengadakan program penerangan menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
·         Menyeru seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta serius terhadap sebarang usaha menggugat kesucian Islam.
·         Menyeru semua institusi masyarakat teruatamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab tegas mendidik anak-anak dan waris terdekat daripada terjebak dalam aktiviti pemesongan akidah.
·         Menggesa kerajaan memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada media cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian perlu diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
·         Menyeru umat Islam hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.


Terima kasih pada yang hadir. 

No comments:

Post a Comment