Monday 24 October 2011

3 EXCO DALANG KRISTIANISASI SELANGOR

Inilah wajah yang bertanggungjawab melindungi isu DUMC termasuk gerakan Kristianisasi di Selangor.

ISNIN, 24 Okt - Selepas 189 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak khususnya NGO Islam sepanjang tempoh 3 Ogos hingga 20 September 2001, adalah menjadi tanggungjawab SUARA 3.0 mendedahkan hasil siasatan yang dibuat untuk umat Islam di negara ini.

Akibat susulan tindakan JAIS itu, Pastor Daniel Ho tidak bersetuju MCA yang bercadang untuk mengadakan protes di DUMC kerana tidak berminat dengan kunjungan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Untuk tujuan itu dan sebagai langkah melindungi penglibatan pihak tertentu dalam isu DUMC, pihak yang berkaitan mengambil beberapa langkah demi ‘memelihara’ DUMC daripada terus menerima kecaman dan kemarahan umat Islam di negara ini.


Dua tokoh Fuziah Salleh (PKR) dan Saari Sungip (PAS) dipertanggungjawabkan dalam misi mempromosi persefahaman antara agama bagi mengaburi umat Islam dalam memenuhi agenda licik DAP.


Berikut adalah pendedahan yang dirancang:

1 - Wujud usaha memujuk Sultan Selangor supaya melihat secara serius masalah yang wujud ekoran tindakan JAIS dan berpendapat ia akan memberi kemenangan kepada Kerajaan Selangor sekiranya baginda ‘at least mildly reprimand the reckless JAIS action and instruct officers to be sensitive’.

2  -  Mewujudkan portfolio keagamaan di bawah pejabat MENTERI BESAR.

3 - Inisiatif mempromosi persefahaman antara agama dan dialog atau aktiviti bersama antara Islam, Kristian, Buddha dan lain-lain agama. Sebagai contoh, penganjuran sukan antara ajk surau/masjid dengan gereja atau aktiviti perkhemahan disertai remaja Islam/Kristian. Tugas ini  dipertanggungjawabkan kepada SAARI SUNGIP dan FUZIAH SALLEH. Melalui initiatif itu, PR boleh menapis persepsi negatif yang timbul dan pada masa sama menunjukkan PR mempunyai penyelesaian jangka panjang terhadap masalah itu.

4 - PR membuat reformasi secara berhati-hati terhadap sistem yang ada sekarang khususnya bidang kuasa JAIS yang bukan dikuasai Kerajaan Selangor tetapi di bawah Sultan sebagai ketua agama Islam.

·   TERESA KOK bimbang isu gereja dan berpendapat DAP tidak perlu menyatakan pendirian kerana pada akhirnya ia boleh memberi kesan kepada PR secara keseluruhan terutama dalam isu penukaran agama. Perkara terbaik bagi DAP ialah ‘pass the bug to PAS dan PKR to do the fighting’.

·    DUMC bergerak secara haram. Pemimpin PR Selangor telah mengarahkan MPPJ batal operasi menyita gereja. RONNIE LIU turut mengugut akan menukar kakitangan penguatkuasaan MPPJ secara besar-besaran sekiranya operasi diteruskan dan ELIZABETH WONG mahu MPPJ keluar kenyataan menafikan operasi haram DUMC.

·     Pastor Daniel Ho bimbang MPPJ akan ‘menutup’ pusat komuniti Dream Centre atas alasan tidak memiliki permit. Hampir 80 peratus gereja di Malaysia tidak berdaftar dan senasib dengan DUMC dan mereka sedang ‘melancarkan gerakan mencari’ gereja-gereja tersebut untuk dijadikan fakta sokongan kewujudan mereka pada masa depan.

·        Sebahagian daripada 12 orang MELAYU tertekan setelah maklumat peribadi mereka disiarkan dalam media menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke tempat lain. Harapan komuniti berusaha membantu mereka mencari rumah sewa.

·    Raymond Koh bercadang memindahkan ahli keluarganya selepas membuat laporan kepada polis setelah menerima surat ugutan dan peluru.

·     Pihak gereja akan menyediakan tempat tinggal untuk seorang daripada 12, dengan membiayai sewa rumah RM2000 sebulan sementara menunggu keadaan kembali reda.

·   Seorang daripada 12 – tertekan setelah isu DUMC didedahkan kepada umum dan butiran peribadi dipaparkan dalam laman sesawang sehingga dikutuk umat Islam. Mereka juga bimbang menjadi sasaran ugutan bunuh oleh anasir atau pelampau agama.


NOTA: ISU POKOKNYA IALAH GERAKAN KRISTIANISASI CUKUP TERANCANG OLEH PIHAK YANG TIDAK MENGHORMATI KESUCIAN ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. ISU INI MENUNTUT KERJASAMA SEMUA PIHAK DALAM MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM DI MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment