Sunday 9 October 2011

Berbuat Baik Sesama Islam


Jauhi prasangka sesama Islam....

Syak wasangka adalah penyakit yang sangat merbahaya di dalam kehidupan. Apatah lagi jika prasangka ini berlaku di kalangan Muslim yang sama-sama berusaha untuk membawa perubahan dan kebaikan di dalam masyarakat dan negara.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah... kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Apa untungnya kita menghabiskan masa dan tenaga dengan berbuat sesuatu yang tidak menguntungkan sesiapa di kalangan kita dan tidak membekas apa-apa kepada pihak musuh ?

Kenapa tidak kita kerahkan pemikiran dan tumpahkan keringat di atas agenda besar yang akan membawa perubahan yang positif di dalam masyarakat dan negara?

3 comments:

  1. macam mana nak berbuat baik sesama Islam? kita lihat sendiri contoh terdekat PAS dan UMNO adalah dua parti yang diwakili org Islam 100%. namun kedua2 parti ini saling bercakaran antara satu sama lain demi agenda pilitik masing2. sedangkan mereka2 ini sepatutnya dijadikan contoh yang baik bg umat Islam negara ini.

    ReplyDelete
  2. para pemimpin sahaja yang dapat memberikan gelombang ini. Kerana pemimpinlah dapat mencerminkan segalanya.

    ReplyDelete
  3. semuanya atas dasar demokrasi...sbb dmokrasi semua jd halal..mnyebar fitnah,mmbuka aib,semua dbolehkan terutamnya smasa musim plhanraya atas nama demokrasi...mana lg bsar?tuntutan syariat atau dmokrasi?mna ptt ddhulukan??

    ReplyDelete