Sunday 23 October 2011

HIMPUN: ‘HATI KAUDU’ PEMIMPIN SENIOR PAS


Apa sudah jadi?


SHAH ALAM, SABTU - Sehingga di saat-saat akhir bermulanya Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), pakatan pembangkang khususnya Pas Selangor terus menghantar SMS kepada kaum karabatnya agar tidak hadir pada perhimpunan yang berlangsung di Stadium Shah Alam supaya tidak dicop bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu murtad.
Ternyata, budaya bangang Pas Selangor yang diketuai Dr Abdul Rani Osman (gambar) menyanggah apa sahaja gerak kerja yang positif dalam mewujudkan persefahaman, kerjasama bangsa dan agama meskipun ia tidak langsung berkaitan dengan isu politik.
Hakikatnya, program himpunan sejuta umat ini sebenarnya bukan direncanakan untuk menukar atau meminta apa-apa perkara yang sudah ditetapkan dalam Perlembagaan negara.
Ia sekadar memohon supaya semua kaum dan penganut agama lain di negara ini mematuhi, memahami dan menghormati antara satu sama lain, terutamanya kepada agama Islam sebagai agama rasmi yang sudah diberikan hak  serta keistimewaan tertentu.
Tiada negara lain di dunia begitu prihatin dalam menjamin kebebasan beragama bagi penduduk minoriti seperti dinikmati rakyat negara ini. Ia bukan sekadar kata-kata manis tetapi kebenaran yang telah dipupuk sejak Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957.
Oleh itu, adalah sudah kena pada masa bagi seluruh umat Islam dan juga penganut agama lain di negara ini yang cintakan keamanan dan kesejahteraan dapat bersatu dalam program ini bagi mengukuhkan soladiriti yang sudah mula goyah akibat permainan biadap pihak tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya, tidak banyak diinginkan oleh umat Islam negara ini kepada penganut agama lain. Hanya persefahaman, tahu batas dan menghormati antara satu sama lain. Sekiranya permintaan sekecil itu pun tidak dihormati maka mereka ini bukan rakyat yang tahu diuntung.
Islam bukan milik orang Melayu semata-mata, ia adalah milik semua bangsa. Oleh itu, menuduh Himpunan Sejuta Umat bersifat perkauman adalah tidak benar dan bersifat dangkal.
Apalah lagi yang perlu dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menunjukkan kepada orang lain betapa bertolak ansurnya mereka selama ini.
Justeru, sudah sampai masanya kita menegakkan yang hak dan menyatakan pendirian supaya kelangsungan kerja-kerja keji dan terkutuk harus dihentikan dan negara boleh fokus kepada isu-isu lain untuk kemakmuran bersama.
Selagi kita tidak dihormati apalah yang boleh kita harap daripada orang lain. Kalau teman satu selimut sudah menjadi gunting dalam lipatan, tindakan perlu dilaksanakan. Aggaplah Himpunan Sejuta Umat ini sebagai satu titik permulaan bagi menemukan titik-titik persefahaman dan memperkukuhkan ikatan sesama Islam.

No comments:

Post a Comment