Wednesday 26 October 2011

JOM, BERI SOKONGAN PADU ‘HIMPUN 2’ DI MELAKA

Memohon kepada Tuhan, agar kita dapat bersama dalam satu saf berjuang untuk agama dan bangsa. Bersatu kita teguh, bulat air kerana pembetung.

Alhamdulillah! Program Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam baru-baru ini berjaya diadakan dalam suasana aman dan harmoni. Ceramah oleh 13 individu NGO langsung tidak sentuh soal politik, sebaliknya fokus kepada soal aqidah, kesatuan umat dan perlunya kita bersatu memerangi gejala murtad.

Di peringkat awal, pelbagai pihak mengecam HIMPUN termasuk ada pihak sekretariat diugut supaya membatalkan perhimpunan itu. Semuanya itu adalah cubaan untuk menggagalkan HIMPUN. Namun, desakan itu ternyata gagal untuk melemahkan penganjur HIMPUN.

Hasrat jahat mereka adalah untuk memberikan gambaran tidak baik terhadap HIMPUN. Lihat sahaja di segi kehadiran peserta. Mereka buat telahan yang pelbagai. Ada kata 3,000, ada yang kata 5,000 dan ada pula kata 10,000. Apapun, pihak stadium yang lebih arif mengatakan kehadiran peserta adalah sekitar 25,000 kerana peserta kerap keluar masuk sehingga jam 5.30 petang.

Apapun angka yang mahu disebutkan atau tohmahan dilemparkan oleh pihak yang cemburu terhadap HIUMPUN, ia tidak menjadi ‘kudis’. Apa yang penting HIMPUN juga berjaya menarik puluhan pemberita dan rangkaian TV sama ada dari dalam dan luar negara termasuk CNN, BBC, Al Jazera dan lain-lain.

Apa yang penting berita dan mesej HIMPUN tersiar di semua akhbar dan ia akan terus tersiar selepas ini kerana pihak penganjur sudah merancang untuk mengadakan Siri Jelajah HIMPUN ke negeri-negeri lain selepas ini.

Jelas, kepada yang menuduh HIMPUN akan memecah belah rakyat atau akan menimbulkan kekecohan, terbukti tuduhan jahat itu tidak berasas sama sekali. Sebaliknya HIMPUN berlangsung aman, harmoni, semangat ukhuwwah dan penuh emosi sehingga ada yang menitiskan air mata ketika ‘zikir munajat’ dibacakan pada akhir majlis perhimpunan bersejarah itu.

Ini menunjukkan betapa umat islam sedar bahawa mereka perlu bersatu selamatkan aqidah.

Kehadiran pelbagai NGO, wakil-wakil Umno dan Pas yang datang sebagai seorang MUSLIM memperjelaskan bahawa HIMPUN bukan wadah politik tetapi agenda nasional ‘ummah’ terhadap bukan Islam dengan mesej jelas ‘jangan gugat Islam’.

Hakikatnya, HIMPUN telah mencipta sejarah baru berbanding ‘perhimpunan jalanan’ atau lebih tepat ‘perhimpunan jalang’ anjuran pembangkang yang bermotifkan untuk menggugat keharmonian dan ketenteraman awam. Syabas HIMPUN!

Mungkin ini baru langkah permulaan dan diharap usaha murni ini akan diteruskan pada masa akan datang, agar ia dapat menarik lebih ramai lagi orang Islam untuk menyertainya sebagai tanda sokongan bagi menyelamatkan akidah umat Islam.

Walaupun jumlah hadirin untuk pusingan kali pertama ini tidak mencapai sasaran dari segi jumlah kehadiran, namun kita yakin dan percaya segala amanat dan pesanan yang disampaikan, pasti meresap ke sanubari setiap orang Islam yang hadir atau yang mengikutinya dari jauh.

Semoga siri jelajah ‘HIMPUN 2’ yang dirancang di Melaka November depan dapat dibuat  lebih rapi terutama dari segi pengurusan. Ini kerana masih ramai lagi umat Islam yang ingin hadir diperhimpunan berkenaan, tapi disebabkan faktor jarak atau pertindihan jadual kerja, mereka terpaksa membuat pilihan tidak menyertainya dengan perasaan berbelah bagi.

Untuk menjadikan HIMPUN dapat menambat lebih ramai peserta, ada baiknya penganjur mengubah cara pendekatannya dalam bentuk ‘forum’ iaitu ala-ala Forum Perdana. Ini mungkin dapat memberi impak yang lebih besar dan seterusnya dapat mengajak umat Islam datang beramai-ramai dalam usaha murni kita memerangi gejala murtad.

NOTA: HIMPUN tidak harus mati setakat di Stadium Shah Alam. Kesinambungannya wajib diteruskan dalam bentuk ‘Siri Jelajah’ selain mencapai sasaran 1 juta umat dan paling murni menyatukan perpaduan ummah umat Islam di negara ini.

1 comment:

  1. NGO seperti JMM dan perkasa perlu mengambil bahagian dlm siri HIMPUN2. barulah menunjukkan kewudan mereka bukan sekadar politik semata

    ReplyDelete