Monday 24 October 2011

BEZA ANTARA HIMPUN dan BERSIH






 Protes boeh, jangan sampai dikuasai setan  hingga standard ke tahap binatang...

Kita makhuk yang mulia kejadiannya. Adab dan standard kena jaga, ini cara kita.

AHAD, 23 Okt - Meluat melihat perangai PAS yang menolak untuk bersatu dalam sebuah wadah Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu lalu.
Lebih teruk lagi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut melarang PAS terlibat dalam himpunan yang dianjurkan oleh Ngo-Ngo Islam bagi menangani virus Kristianisasi yang semakin berleluasa di negara ini. Alasan meloya PAS adalah menghormati penganjur yang tidak melibatkan parti politik dalam himpunan itu.

Kenapa PAS seteruk dan seburuk ini? Kita tahu PAS sebelum ini sering menonjolkan diri sebagai ‘juara’ dalam sebarang perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam di negara ini.
Bukti PAS bukan lagi parti memperjuangkan Islam sudah diperlihatkan pada Julai lalu apabila sanggup melanggar undang-undang negara apabila menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang melumpuhkan ibu negara Kuala Lumpur dalam tempoh dua hari itu..

Kalau PAS boleh sertai Himpunan Bersih 2.0, mengapa pula PAS enggan menyertai Himpunan Sejuta Umat? Ini kena tanya Tuan Guru Nik Aziz yang kerap berdolak dalik hatta merapu yang bukan-bukan.

Himpunan Bersih 2.0 Julai lalu dianjurkan oleh sebuah kumpulan yang mengaku NGO dan juga menegaskan tidak melibatkan mana-mana parti politik. Jadi, mengapa PAS terhegeh-hegeh menyertai himpunan haram itu dan kini tidak kepada Himpunan Sejuta Umat?

Hakikatnya, PAS memang aneh sekarang. Mereka tidak lagi pro-Islam sebaliknya mengutamakan agenda politik yagn tidak keruan. Pastinya PAS memang ‘takut’ dengan DAP dan pengundi bukan beragama Islam akan marah pada PAS jika beri sokongan pada Himpun. Disebabkan takut undi lari, PAS sanggup membelakangkan aqidah umat Islam? Inilah Parti Anak Setan namanya...

Itulah bezanya Himpunan Bersih 2.0 dengan Himpunan Sejuta Umat. Himpunan Bersir 2.0 bertuankan penyokong kuat Kristianisasi dan gelaja murtad di negara ini. Siapa yang tak kenal Ambiga yang mencabar perlembagaan bagi membenarkan umat Islam dimurtadkan sewenang-wenangnya.

Himpunan Sejuta Umat pula dianjurkan NGO-NGO Islam yang jelas mahu mempertahankan aqidah umat Islam dari terus diancam agama lain. Itu PAS sekarang iaitu ‘buta dalam celik’.
Apakah PAS tidak melihat perbezaan ini atau sengaja tidak nampak? Apalah nak jadi dengan PAS? Seruan ke arah perpaduan umat Islam, seruan mempertahan aqidah umat Islam dan seruan memartabatkan kembali pegangan agama Islam di kalangan umat; semuanya  ditolak mentah-mentah. Nampaknya PAS semacam ‘menggali kubur sendiri’ dan natijah ini akan diterjemahkan oleh pengundi pada PRU13 nanti.
Sejak berkawan dengan ‘setan-setan’ dari DAP dan PKR, pendekatan PAS sudah lari daripada perjuangan asal yang berteraskan Islam. Kini, PAS lebih rela kesampingkan Islam demi survival politik samar bersama parti ‘kucing kurap’ DAP dan PKR.
NOTA: Rakyat perlu bijak menilai yang mana ‘kaca atau berlian’. Jika tersilap membuatperkiraan, MALAPETAKA bakal menanti umat Islam atas kesilapan kita sendiri.

No comments:

Post a Comment