Thursday 20 October 2011

HIMPUN mahu pastikan Islam dihormati

Ini filem terjemahan tajuknya SI BAHLOL DAN SI BANGANG ia berkenaan 'bodoh yang tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut'.
Belum pun Himpunan Satu Juta berlangsung, dah macam-macam cerita keretakan yang kita dengar. Inilah perangai ‘orang kita’ belum mula dah nak bergaduh dan berfantasi dengan buruk sangka.

Memang aib!. Setan-setan tu melompat katak ketawakan kita kerana ‘kini, dulu dan selamanya’ orang Melayu takkan pernah bersatu. Apalah nak jadi dengan bangsa aku ni?

Memang ‘bodoh yang tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut’. Kan dah berulang kali diperjelaskan bahawa HIMPUN tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Itulah kalau hati sudah ‘dibutakan’ dengan sikap politik dendam, maka  kerja murni ke arah mempertahankan akidah pun mahu dipolitik. Apa la punya ‘mangkuk hayun’ dan Islam mereka ini mungkin sudah diletakkan di kepala lutut? Mana perginya semangat perjuangkan Islam yang sana sini digembar-gemburkan...

Apa yang pasti, cara mereka berpolitik umpama ‘menang sorak kampung tergadai’. Kalau di segi politik, kita memang berbalah dan tidak nampak nak bersatu, namun HIMPUN yang berteraskan ‘menyelamatkan aqidah ummah’ boleh dijadikan  landasan untuk satukan umat Islam, turut dipandang sepi oleh mereka yang amal politik dendam kesumat. 

Oleh itu, mereka yang ‘hidup mati’ mereka dengan amalan politik sempit yang bergelumang ‘politik dendam semasa bangsa, HIMPUN memang bukan tempat mereka yang mahu ‘menangguk di air keruh’. HIMPUN adalah agenda nasional bagi orang Islam menterjemahkan isi hati nurani bahawa kita tidak mudah diperlekehkan. Hanya melalui HIMPUN berupaya menyatukan ummah dan seterusnya memastikan Islam tidak terus tercabar.

 NOTA: Yang haram boleh, yang halal tak boleh...



No comments:

Post a Comment