Friday 21 October 2011

SEDARLAH!!!...INJIL BAHASA MELAYU DIJUMPAI DITANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH!

Edar kitab Injil bahasa Melayu!
Dr. Ibrahim Ghaffar (depan, kanan) dan Mohd. Johari Zaini (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis dan kitab Injil bahasa Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.


Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (MGPSS) hari ini membuat satu laporan polis mengenai penyebaran kitab Injil yang diterbitkan dalam bahasa Melayu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

Timbalan Pengerusinya, Dr. Ibrahim Ghaffar berkata, apa yang mencurigakan ialah apabila isi kandungan di dalam kitab yang dikenali sebagai Al-Kitab itu menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi menggantikan perkataan ‘Tuhan’.

‘‘Sebagai contoh, antara isi kandungan yang terdapat di dalam kitab berkenaan adalah ‘Allah menciptakan langit dan bumi serta isinya’ dan ini dengan jelas telah melanggar undang-undang di negeri ini yang hanya membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ kepada umat Islam dan bukannya kepada penganut agama lain.

‘‘Lebih membimbangkan apabila kitab tersebut kami perolehi dari seorang remaja Melayu beragama Islam yang merupakan pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Klang dan ia diedarkan secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Ibrahim berkata, MGPSS menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung cubaan sesetengah pihak memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

‘‘Sehubungan itu, kami menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab berusaha untuk memurtadkan umat Islam,” tegasnya.

MAKLUMAT TAMBAHAN :

BIBLE TERSEBUT MERUPAKAN CETAKAN KE 49,
YANG MANA SETIAP CETAKAN BERJUMLAH 100,000 NASKHAH

100,000 X 49 = 4,900,000 UNIT

PENGANUT KRISTIAN (BERDAFTAR) = 2% PENDUDUK MSIA
= 540,000 ORANG

YANG BAKI TU KEMANA? KALAU TIDAK DIEDAR KEPADA ORANG ISLAM??

2 comments:

  1. masya Allah... sampai begitu sekali mereka.. agak2lah

    ReplyDelete
  2. kerajaan perlu ambil tindakan yang serius dlm perkara ini

    ReplyDelete