Wednesday 26 October 2011

'ISLAM AKAN TERUS LEMAH JIKA KEDUNIAAN DIUTAMAKAN'- JABATAN AUDIT

Perang paling besar adalah memerangi nafsu dan  tiadalah leka akan nafsu itu pada setiap saat cuba menguasai kita. Musuh kita lebih mengenali kita dari kita mengenali diri kita.

Salam saudaraku sekelian, ketika Aqidah kita semua diancam dari pelbagai sudut. Masih lagi ada dikalangan kita yang boleh dibeli dengan keduniaan.

Laporan jabatan audit memperlihat betapa rapuh iman sesetengah dari kita. Dengan sedikit bisikan dari syaitan, mereka tewas dalam memegang amanah.

Sedarlah saudaraku, cabaran sebenar bukan dari kalangan Islam, tetapi dari luar. Janganlah kau lemah bila berdepan godaan.

PARTI-PARTI POLITIK, JANGAN KAMU ASYIK MENUDUH SESAMA SENDIRI, SEOLAH DENGAN MENJATUHKAN SAUDARAMU SENDIRI DENGAN AJAIB KEADAAN AKAN MENJADI LEBIH BAIK.

Hukumlah mereka yang bersalah, peringatkanlah mereka yang lupa, dan bersama-samalah kita memperkasa aqidah islam!!

SEDARLAH BAHAWA HARTA, HIBURAN DAN KUASA ITULAH SENJATA GOLONGAN KAFIR BAGI MENYESATKAN KITA SEMUA.

Kami tidak akan berputus asa untuk terus menyampaikan bukti dan membongkarkan kisah-kisah pemurtadan, dan kami akan terus berdoa agar seluruh umat Islam akan tersedar dengan ancaman yang amat berbahaya ini

No comments:

Post a Comment