Sunday 23 October 2011

MURTAD: PAS hanya jadi baruah DAP, PKR

Gambar sekadar hiasan. Tapi...

AHAD, 23 Okt - SYABAS! Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober tetap berjalan lancar tanpa provokasi. Ribuan yang perihatin terhadap bangsa dan agama hadir di sebalik pelbagai usaha pihak tertentu untuk menggagalkannya.
Paling sedih Pas Pusat yang diketuai ‘tok lebai’, Hadi Awang dan konco-konco ‘tua nak mampus’ secara rasmi tidak menyokong perhimpunan itu. Mereka ini bukan aneh tetapi hati mereka sudah dibutakan oleh rakan sekongkol DAP sejak ‘tidur sebantal’ dalam wahana Pakatan Rakyat.

Kebejatan mereka sudah terbayang daripada awal dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu DUMC. Pas tidak pun mengeluarkan pendirian rasmi walaupun didesak pimpinan Dewan Pemudanya. Sebaliknya beberapa pemimpin Pas mengenakan tekanan ke atas JAIS yang menyamai pendirian pemimpin DAP dan PKR. Siasatan kes itu akhirnya mendapati ada cubaan memesongkan akidah umat Islam.

Apa yang berlaku menyerlahkan hakikat bahawa parti pembangkang yang berketurunan Melayu termasuk sebahagian besar pemimpin senior Pas menjadi penghalang kepada usaha mempertahankan akidah umat Islam.

DAP, parti paling berpengaruh dalam kerajaan Selangor, tentunya menarik nafas panjang kerana percaturan parti itu telah berjaya memecah belahkan dan melemahkan umat Islam. Begitu liciknya DAP berpolitik tanpa mengorbankan agama anutan ahli dan penyokong mereka.

Keadaan ini memperjelaskan betapa parti yang berlandaskan Islam semakin tersasar dan lebih hina Pas seperti ‘dicucuk hidung’ terus tunduk kepada DAP demi politik untuk meraih undi bukan Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Apa yang pasti, Pas kini mencipta sejarah apabila kepimpinan senior ‘tua nak mampus’ bersikap dayus dan hina dalam soal akidah. Mereka lebih rela diperkudakan oleh S. Ambiga untuk menjayakan perhimpunan haram Bersih daripada berpegang kepada kesatuan Islam untuk menangani ancaman murtad.

Maruah mereka kini diletakan pada ‘mangkuk tandas’ yang menjijikkan, sedangkan semua NGO Melayu atas tiket Islam memperakukan bahawa ancaman murtad di negara ini semakin serius dan membimbangkan.

Kalau nak mengharapkan PKR ibarat ‘jauh panggang dari api’ kerana cita-cita bosnya hanya nak jadi Perdana Menteri. Apa yang pasti Anwar Ibrahim berjaya menghanyutkan Pas daripada masyarakat Islam di peringkat akar umbi. Kesian Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang dianggap ulama tersohor... Fikir-fikirkanlah!

Mujur ada kelompok dalam Pas yang masih rasional dan berada di landasan sebenar. Dewan Pemuda Pas Pusat harus dipuji kerana tidak sehaluan dalam soal murtad dan telah memberikan komitmen 200 peratus terlibat dalam menjayakan Himpun. Begitu juga kepada semua yang hadir kerana meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya. ‘Tabik spring’ untuk semua yang hadir di Stadium Shah baru-baru ini. Anda memang hebat!!!

Setidak-tidaknya Himpun sulung di Stadium Shah Alam itu menterjemahkan mesej perhimpunan telah sampai ke sanubari semua yang beragama Islam termasuk segelintir yang ghairah memurtadkan orang Islam.

Ini kerana Himpun adalah suatu permulaan, bukan pengakhiran. Difahamkan, perhimpunan seumpama itu akan menyusulkan di negeri-negeri seluruh negara sehingga jumlah peserta mencecah sejuta.

Apa yang pasti, Himpun boleh mewujudkan gelombang baru untuk mencetuskan kesedaran di kalangan umat Islam. Kita sendiri terasa bahang itu dan percaya masyarakat Islam di negara ini mampu bersatu sekalipun berlainan ideologi.

NOTA: Rakan sekutu DAP dan PKR sendiri tolah hukum hudud. Apa cerita...? Inilah kalau bodoh yang susah nak diajar.

No comments:

Post a Comment