Friday 21 October 2011

PART 1: Asal pusat komuniti, kini jadi gereja di Batu Caves

Inilah Gereja baru yang tersergam terletak di belakang GIANT, Batu Caves. Cantikkan?

Apa sudah jadi? Lagi gereja dikenal pasti di Selangor belakang Giant Batu Caves yang mencetuskan tanda tanya, adakah negeri ini  sasaran selepas Sabah dan Sarawak sebagai 'syurga' kristian?

Memang sudah MELAMPAU dan KURANG AJAR. Untuk itu, semua umat Islam di Malaysia WAJIB baca PEMBONGKARAN senario BIADAP pihak berkenaan yang bertindak berani menukar permohonan asal kepada sebuah gereja canggih di Batu Caves.

Sisatan mendapati, di atas tanah Lot PT1337, Bandar Selayang seluas 3.3 ekar atau alamat No.1 Jalan Samudera Utama, Taman Samudera Batu Caves telah dibina satu bangunan besar berwarna cokelat cair seluas 7650 kaki meter persegi bernilai RM23 juta telah menimbul keraguan masyarakat setempat yang majoritinya beragama ISLAM.

Bangunan itu dimiliki sebuah syarikat Philomath Resource Centre Sdn Bhd (Philomath) beralamat di Lot A21 (Room3) 2nd Floor Plaza Pekeliling, No.2 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Awalnya, Philomath memohon kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk membina satu unit kompleks pejabat dan pusat latihan 3 ½ tingkat dengan satu tingkat tempat letak kereta di bawah aras tanah di atas Lot PT1337 pada 4 Februari 2008 melalui tetuan Philomath Resourse Centre Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Philomath melantik sebuah syarikat arkitek untuk memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance menggantikan Certificate of Fitness) oleh syarikat Arterior Konsult Architects, 56-2, 2nd Floor, Jalan Mega Mendung, Kompleks Bandar, Batu 5 off Old Klang Road Kuala Lumpur.

MPS telah menerima permohonan dan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MPS pada 13 Mac 2008. Keputusan telah meneliti cadangan syarikat Philomath dan meluluskan dengan beberapa syarat pindaan.

Setelah beberapa pindaan dilakukan oleh syarikat berkenaan serta dibincang dalam mesyuarat OSC MPS Bil. 12/2009 pada 22 julai 2009, MPS bersetuju meluluskan bangunan itu setelah dipinda dalam mesyuarat OSC MPS Bil. 16/2009 pada 2 September 2009.

Merujuk pelan asal, bangunan Philomath menempatkan 264 tempat letak kereta, beberapa buah dewan, bilik-bilik mesyuarat, perpustakaan, sebuah cafeteria, bilik-bilik kecil, surau lelaki, surau perempuan, 3 gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, bilik gim, gelanggang ping pong, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan gelanggang bola sepak jalanan.

Tujuan pembinaan untuk memberi latihan dan pembangunan masyarakat dan individu bagi aktiviti yang meliputi bidang pengurusan, kepimpinan ‘soft skills’, motivasi, seminar perkahwinan, kaunseling, kemajuan kanak-kanak, kemajuan belia, pemasaran multi level, konvensyen, pusat tuisyen, latihan tarian dan kebudayaan, seni pertahanan, latihan komputer untuk diberikan kepada masyarakat sekeliling secara percuma atau dengan caj yang nominal atau rendah. 

Rupa-rupanya itu semua hanya ‘wayang’. Siasatan mendapati bangunan berkenaan disalahgunakan sebagai GEREJA dan menganjurkan aktiviti pada setiap Ahad. Ini jelas bahawa kegunaan bangunan bertentangan dengan tujuan asal pembinaan bangunan itu.  Ini adalah fakta yang kami temui.  Kami akan bongkar dengan bukti untuk tatapan saudara muslim sekalian.

NOTA:  Ikuti esok - Part 2: Penemuan bukti dijadikan GEREJA 







1 comment: