![]() |
Pelbagai cara diguna untuk menggagalkan kesedaran umat Islam Melayu. |
Saudaraku sekelian, ketahuilah bahawa usaha HIMPUN ini sedang disabotaj, mereka menggerakkan setiap sudut jentera yang mereka ada untuk menggagalkannya!!
Ini antara yang berjaya dikesan :
- Pengusaha Bas bukan Islam TIDAK AKAN menyewakan bas mereka kepada mereka yang mahu pergi ke HIMPUN
- Psy-war, terutama dalam MalaysiaKini dan Malaysia Insider yang meremehkan dan membuat provokasi terhadap penduduk bukan Islam untuk marah dan mengutuk HIMPUN
Jarum halus menghasut terselit dalam berita-berita sebegini. |
- Instigasi terhadap kumpulan-kumpulan kecil orang Islam yang tidak memahami tujuan HIMPUN untuk TIDAK BERSETUJU dengan HIMPUN serta memberikan alasan kecil yang diperbesarkan melalui media maya
- Melabel HIMPUN sebagai ‘ganas, keras & membenci’ sedangkan mereka tidak pernah pun mendapatkan kefahaman tentang HIMPUN
- Penyusupan agen-agen provokasi yang akan menghasut hadirin samada supaya bertindak ganas, melaungkan kata-kata kesat, menggoyangkan keyakinan terhadap tujuan HIMPUN
Saudara sekelian, ketika kita mahu menyatukan diri kita pun kita dituduh dan dilabel dengan pelbagai tuduhan, pada mereka, umat islam perlu untuk
- TIDAK DIBENARKAN BERSATU,
- TIDAK DIBENARKAN MEMPERTAHANKAN DIRI,
- TIDAK DIBENARKAN MENCARI MAKLUMAT & KEBENARAN,
- TIDAK DIBENARKAN MENYELAMATKAN AQIDAH
Namun jangan kita marah, jangan kita melenting, tindakan ini sudah diduga, gunakanlah senjata ampuh mukmin, iaitu kepada Tuhan kita berdoa agar:
- Kejayaan kita untuk berhimpun secara aman, minta dikurniakan kesabaran dan barakah dalam usaha kita
- Dipermudah urusan kita, doakanlah semoga dijauhkan provokasi, kebencian, bencana dan lain-lain ujian
- Digerakkan hati seluruh umat islam untuk mereka dapat sama hadir tanpa syak wasangka
- Kesejahteraan mereka agar terbuka hati mereka untuk memahami kita, supaya kita kekal harmoni
No comments:
Post a Comment