Sunday 23 October 2011

HIMPUN BUKTI UMAT ISLAM BOLEH BERSATU


Kehadiran biarpun tidak menepati sasaran, buat yang hadir semangat saudara-saudari tidak sia-sia.
SHAH ALAM, SABTU - Pengerusi Bersama Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sekalipun jumlah peserta yang hadir jauh lebih kecil daripada sasaran 100,000 orang, namun kehadiran 10,000 peserta sudah cukup membuktikan komitmen tinggi mereka terhadap perjuangan menentang pemurtadan di negara ini.

“Sekalipun jumlahnya tidak menepati sasaran, kita tetap bangga kerana perhimpunan hari ini adalah perhimpunan sulung dan akan menyusul ke negeri-negeri lain selepas ini dalam usaha mengumpul umat Islam ke arah memerangi isu murtad yang kian membimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus berakhirnya Himpunan Sejuta Umat yang berlangsung di Stadium Utama Shah Alam.
Katanya, perhimpunan bermula dalam suasana aman dan tertib tanpa sebarang insiden ganas. Semangat yang ditunjukkan peserta menterjemahkan bahawa umat Islam boleh bersatu walaupun terdapat perbezaan dalam beberapa perkara lain,” katanya.

Perjuangan akan diteruskan.


Kakak-kakak, saudara dan saudari semangat anda disanjung tinggi.
Dalam pada itu, Seketariat Himpun membuat t 10 ketetapan dalam ‘Deklarasi Himpun’ dan akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu dan pemimpin peringkat negeri mahupun pusat minggu depan.

 “Deklarasi ini akan diserahkan minggu depan. Buat masa ini kami sedang menunggu pengesahan Penyimpan Mohor Besar bagi memilih waktu sesuai untuk menyerahkan “Deklarasi Himpun’ terus kepada raja-raja termasuk Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Selanjutnya, Azmi turut menggesa semua parti bekerjasama dan menghormati isu pemurtadan yang dilihat semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
“Undang-undang pencegahan murtad yang ada tidak dilaksanakan dengan tegas. Oleh itu, Himpun menuntut dimasukkan perkara berkaitan undang-undang yang lebih kukuh ke dalam undang-undang baru yang bakal ganti ISA, yang seharusnya merangkumi pemuliharaan Islam dan dimasukkan sebagai perkara utama,” katanya.
Perhimpunan berakhir jam 6.30 petang

No comments:

Post a Comment