Sunday 9 October 2011

Siapa ? Jaringan Islam Liberal (JIL)

Jaringan Islam Liberal (JIL)?

Mereka adalah sekumpulan manusia yang bekerja secara berorganisasi yang tersusun dengan agenda utamanya yang seragam iaitu memperjuangkan hak asasi manusia, kesamaan gender, liberalisme dan pluralisme agama.

Mereka telah mula bertapak di Nusantara terutamanya di Indonesia sejak tahun 1970'an dan kini semakin membiak subur di Malaysia di at...as platform NGO dan aktivis politik. Mereka sanggup berhadapan dengan undang-undang (mahkamah) hal-hal yang dianggap bercanggah dengan agenda mereka dan gigih memperjuangkannya sehingga sanggup juga membawa ke parlimen.

Agak merisaukan kita apabila didapati kini bahawa bahawa ramai di kalangan kita (umat Islam di Malaysia) masih tidak memahami apa sebenarnya pluralisme agama ini. Ramai yang memahami secara salah bahawa pluralisme agama (religious pluralisme) itu sebagai toleransi agama (religious tolerance).

Toleransi agama bukan bererti bahawa semua agama adalah sama taraf, tiada yang lebih betul atau lebih baik daripada yang lainnya atau mengimani bahawa semua agama menuju kepada destinasi yang satu.

3 comments:

  1. pluralisme = murtad. kita perlu sama-sama kaji bagaimana masalah murtad semakin menjadi2 di negara ini? adakah disebabkan undang2 kita longgar atau gejala sosial yg tak dibendung atau kita perlu laksanakan hukum Islam seperti mana yg tercatat dlm Quran. Sama-samalah kita fikirkan.

    ReplyDelete
  2. kumpulkan bijak pandai islam binalah jaringan yang tersendiri. Mereka boleh buat maka kenapa kita tidak?

    ReplyDelete
  3. jawapan dah ada depan mata. laksanakan hukum hudud kerna hudud hukum Allah. nescaya masalah begini dapat dibendung. tak kira sesiapun yg memerintah

    ReplyDelete