Tuesday 25 October 2011

SARANG TABUAN JANGAN DIJOLOK


Ini sarang tebuan.


Ini kesan disengat tebuan.

SELASA, 25 Okt - Isu tindakan JAIS terhadap DUMC sudah diselesaikan pada 3 Ogos lalu. Kepada pihak yang terbabit dalam usaha memurtadkan umat Islam sama ada di Selangor atau mana-mana negeri di negara ini, seharusnya berpegang kepada pepatah Melayu ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’.
Sekalipun, isu itu semacam kemenangan moral kepada pihak yang didokong parti pembangkang, namun Sultan Selangor tetap tersinggung kerana terdapat usaha pihak tertentu mahu memesongkan akidah umat Islam di Selangor.
SUARA 3.0 tidak menafikan memang ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terlibat secara langsung dalam usaha memurtadkan umat Islam. Tanpa berselindung dan bermotifkan politik, DAP sebenarnya mahu menyambung usaha negara Kristian menjajah Asia Tenggara suatu masa dahulu dengan slogan 3G (Gold, Gospel, Glory).
Sebab itulah tokoh-tokoh dalam DAP Selangor yang memang beragama kristian dan penyokong kuat dalam isu memesongkan akidah umat Islam, cukup risau jika Undang-Undang Hudud dilaksanakan.
DAP kini seolah-olah berasa mereka boleh buat apa sahaja di negara ini khususnya di Selangor. Mereka percaya tindak tanduk mereka akan dipertahankan oleh rakan kongsi dalam PR. Untuk itu SUARA 3.0 nak ulang peringatan kepada mereka yang menjadi dalang dalam isu berkenaan agar menghayati perumpaaan ‘sarang tebuan jangan dijolok’.
Ini kerana isu murtad dan isu agama Islam bukan boleh dibuat main. Ia adalah isu sensitif dan jangan cuba cabar kesabaran umat Islam negara ini. Kesabaran umat Islam sebenarnya ada batasannya. Jadi, sebaik-baiknya ‘usah bermain api, kelak boleh membakar diri’. Seharusnya pengalaman lalu wajar dijadikan teladan dan peringatan dan jangan gugat Islam.
Apapun, rakyat negara ini khususnya Melayu perlu sentiasa sedar dengan gejala yang cuba ‘digendangkan’ oleh DAP sejak cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) 2008, dalam usaha memecah belahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam.
Eloklah kita sekadar mengimbau apa yang yang sudah berlaku di negara jiran terdekat, Indonesia  sebagai renungan bersama. Di Indonesia, gereja lebih banyak daripada masjid sedangkan umat Islam mewakili 90 peratus daripada 220 juta penduduk.
Oleh itu,  tidak mustahil jika perkara sama boleh berlaku di bumi bertuah bernama Malaysia. Ini kerana ianya bukan isu baru. Disebabkan kita berasa terlalu selesa dan kerap alpa, gelombangnya kini sudah mula kembali dirasai di Malaysia.
Inilah akibatnya apabila orang Melayu sudah menunjukkan tanda-tanda tidak sehaluan dalam banyak perkara kerana terlalu taksub dengan poltik kepartian dengan wujudnya Melayu Umno, Melayu Pas dan Melayu PKR.
Natijahnya, malapetaka menanti umat Islam di negara ini. Perpecahan ini membolehkan pihak yang anti Islam mudah memperlekehkan kita dan isu memesongkan akidah adalah manifestasi kepada kehancuran Melayu Islam di negara ini.
Apapun, kita tidak boleh menyalahkan golongan yang cuba mengkristiankan Melayu Islam ini semata-mata kerana kita sendiri lemah, bergaduh merebut kuasa politik, kafir mengkafir, membuka pekung sesama sendiri dan macam-macam lagi yang tak larat SUARA 3.0 nak dituliskan di sini.
NOTA: Bersatulah umat Melayu Islam. Jangan nanti apabila kita nak mati nak sebut kalimah LAILAHAILLALLAH... pun tak boleh. Nauzubillah!!!

No comments:

Post a Comment