Thursday 27 October 2011

Cerita Sebalik HIMPUN part 1



Kami dedahkan perkara yang tidak diketahui ramai tentang HIMPUN

GERAKAN HIMPUN

HIMPUN mampu bergerak sebagai bebas politik bukan kerana tiada penglibatan politik, tetapi kerana mendapat sokongan dari kedua-dua belah pihak.
a.    PAS & UMNO telah menyatakan sokongan pada awalnya tetapi kemudiannya apabila PAS menarik diri atas alasan yang diberi, UMNO juga membuat ketetapan untuk tidak menghantar orang-orangnya bagi mengelakkan HIMPUN menjadi pentas politik mereka.
b.    Walaubagaimanapun, masih terdapat individu yang berjawatan dari kedua belah pihak yang hadir atas kapasiti individu, dan kedua belah pihak juga tidak menghalang mana-mana penyokong mereka untuk menghadirinya. (kecuali PAS yang melarang ahlinya pada saat akhir).
c.    PKR, sejak dari awal yang meragui dan mengesyaki tujuan HIMPUN tanpa mendapatkan penjelasan, tidak bersama-sama malah cuba menghalang dan menggagalkan HIMPUN.
 
KOMPOSISI HIMPUN

Semua jawatankuasa induk HIMPUN, adalah aktivis NGO.
d.    Jawatankuasa yang kelihatan cenderung kepada mana-mana parti politik, atau mempunyai jawatan dalam parti politik TIDAK DIBENARKAN menjadi jawatankuasa, tetapi dibenarkan menyertai mesyuarat sebagai tanda menghormati mereka.
e.    Mana-mana jawatankuasa yang dilihat cuba untuk mengkedepankan agenda selain dari agenda HIMPUN akan diperingatkan dan sekiranya berulang boleh diketepikan bagi menjaga hasrat dan tujuan asal HIMPUN.

MEDIA

HIMPUN mendapat kerjasama dari hampir semua media perdana, dan mendapat promosi meluas dari media maya
f.        Media perdana tidak membenarkan HIMPUN untuk dipromosikan melalui saluran mereka, tetapi setelah mendapat penerangan dan juga mendapat permit polis, jawatankuasa HIMPUN berjaya meyakinkan mereka.
g.      Media juga membolehkan HIMPUN mendapat liputan dan kecapaian yang meluas, sehingga pemimpin tertinggi negara dan parti politik juga mengambil tahu tentang perkembangan HIMPUN.
h.      Hampir semua media perdana melaporkan sesuatu yang positif, TERMASUK media berbahasa cina dan inggeris. Liputan media yang positif mustahil dapat diperoleh jika bertukar ganas atau terdapat insiden yang tidak diingini.
i.        Media maya menjadi medan tempur dari pihak yang bermati-matian mengutuk, mencerca dan menyindir sekretariat HIMPUN untuk menggagalkannya, dan mereka ini tersenyum puas dengan hasil mereka, tetapi mereka ini lupa bahawa solidariti yang dibentuk ini akan berterusan.

JANJI-JANJI PALSU

Banyak pihak yang berjanji kepada sekretariat HIMPUN untuk menyumbang, tetapi sehingga ke penghujung, malah setelah selesai HIMPUN, janji tinggal janji. Tetapi yang nyata sekretariat HIMPUN terus berusaha walaupun tanpa sumber kewangan yang nyata,
a.    Tokoh Korporat yang menjajikan bantuan kewangan beratus ribu menghilangkan diri bila tarikh semakin hampir.
b.    Pihak individu yang berjanji menyumbang hanya mampu memberikan sebahagian kecil dari janji awal mereka.
c.    Ketidaktentuan status kewangan ini membawa masalah besar kepada penganjur terutama dari segi logistik dan komitmen yang telah dibuat kepada pembekal-pembekal.
d.    Alhamdulillah, akhirnya tampil juga satu pihak TIDAK DINAMAKAN yang menyumbang sejumlah besar keperluan kewangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

KEHADIRAN

HIMPUN dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat ISLAM, tanpa mengira fahaman parti, umur atau jantina. Perkara yang boleh diambil perhatian :
a.    70% kehadiran adalah dari golongan belia (berumur 40 tahun kebawah)
b.    Terdapat ramai yang membawa keluarga dalam perhimpunan ini
c.    Terdapat pelbagai NGO Islam yang tidak tersenarai dalam HIMPUN turut menjalankan aktiviti mereka tanpa sebarang gangguan

No comments:

Post a Comment